Pekerja yang mempunyai prestasi kerja cemerlang akan sentiasa menjadi buruan organisasi. Organisasi mahu menggunakan pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kecekapan dan nilai positif yang dimiliki serta kepakaran yang ada pada pekerja sebegini agar kualiti perkhidmatan yang ditawarkan berada pada tahap cemerlang. Pekerja yang cemerlang menyumbang kepada peningkatan kualiti dan kuantiti perkhidmatan yang baik. Jika menemui kesulitan ketika melaksanakan tugas, perkara yang perlu dilakukan adalah berusaha mencari jalan mengatasi atau menyelesaikan masalah itu dan tidak mudah berpatah hati dan mengaku kalah sebelum menyelesaikannya. Untuk mencapai tahap kecemerlangan, seorang pekerja itu perlu menanam dan mengamalkan sifat berikut: Pro-aktif dan mengambil inisiatif Pekerja yang pro-aktif dan mempunyai sikap inisiatif adalah mereka yang melakukan usaha atau sesuatu sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya. Sesuatu kerja itu perlu dilakukan dengan tekun da...