Skip to main content

CARA MEMBENTUK DIRI MENJADI PEKERJA CEMERLANG DALAM PERSPEKTIF ISLAM


Pekerja yang mempunyai prestasi kerja cemerlang akan sentiasa menjadi buruan organisasi. Organisasi mahu menggunakan pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kecekapan dan nilai positif yang dimiliki serta kepakaran yang ada pada pekerja sebegini agar kualiti perkhidmatan yang ditawarkan berada pada tahap cemerlang. 

Pekerja yang cemerlang menyumbang kepada peningkatan kualiti dan kuantiti perkhidmatan yang baik. Jika menemui kesulitan ketika melaksanakan tugas, perkara yang perlu dilakukan adalah berusaha mencari jalan mengatasi atau menyelesaikan masalah itu dan tidak mudah berpatah hati dan mengaku kalah sebelum menyelesaikannya.

Untuk mencapai tahap kecemerlangan, seorang pekerja itu perlu menanam dan mengamalkan sifat berikut:
  • Pro-aktif dan mengambil inisiatif
Pekerja yang pro-aktif dan mempunyai sikap inisiatif adalah mereka yang melakukan usaha atau sesuatu sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya. Sesuatu kerja itu perlu dilakukan dengan tekun dan teliti untuk mengelakkan berlakunya kesilapan. Kesilapan dalam melakukan pekerjaan memanglah boleh dimaafkan, tetapi jika dilakukan berulang kali akan menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan orang lain.
  • Niat yang betul
Orang yang tidak mempunyai niat yang betul ketika bekerja tidak akan bekerja dengan baik. Orang seperti ini tidak akan mempunyai komitmen terhadap kerja dilakukan. Ramai orang bekerja, tetapi tidak faham atau mengerti kenapa mereka bekerja selain daripada ingin menyara hidup.
  • Bertanggungjawab terhadap pelanggan dan masyarakat
Ini merujuk kepada etika kerja yang menekankan tanggungjawab terhadap pelanggan dan masyarakat. Tidak wajar mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan akibat perbuatan itu kepada masyarakat dan alam sekitar.
  • Amanah dalam kerja
Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah institusi masyarakat atau pekerjaan. Bayangkan jika seseorang pekerja atau pegawai tidak mempunyai sifat amanah, segala urusan tidak akan berjalan dengan sempurna dan akan membawa kepada kehancuran sesuatu institusi itu.
  • Komited terhadap kerjaya
Kunci kejayaan seseorang individu ialah komited terhadap kerjaya yang diceburinya. Komited dimaksudkan di sini ialah menumpukan perhatian dan bersungguh-sungguh terhadap apa dilakukan.
  • Berakhlak mulia
Ini merupakan teras pembentukan etika kerja profesional. Akhlak mulia yang dimiliki seseorang pekerja mahu pun ketua menjadi lambang ketinggian peribadi dan kualiti individu terbabit.
  • Jujur dalam pekerjaan
Sifat jujur atau benar dapat membentuk hubungan sihat di antara sesama pekerja, pekerja dan majikan dan sesama pelanggan serta dapat membendung segala perasaan syak wasangka, tipu daya dan dusta.
  • Sentiasa bersyukur
Sikap bersyukur atas kejayaan dan keuntungan diperoleh hasil sesuatu pekerjaan. Harus diingat bahawa keuntungan diperoleh adalah nikmat kurniaan Allah. Jangan iri hati dengan kejayaan orang lain dan bersyukur dengan apa yang telah kita capai. Namun, berazam dan berusaha untuk meningkatkan lagi usaha dan kualiti kerja.
  • Pengurusan masa yang cekap
Dalam menjalani pekerjaan, amat perlu dititikberatkan soal pengurusan masa kerana antara faktor kejayaan dalam pekerjaan adalah pengurusan masa yang berkesan. Pengurusan masa yang cekap dapat membantu meringankan beban tugas di samping memudahkan segala urusan kerja.
  • Menilai diri (muhasabah)
Setiap orang harus selalu menilai diri, menghitung kebaikan dan keburukan yang dilakukan sepanjang kehidupan dilalui. Muhasabah ini tidak akan mendatangkan sebarang manfaat kepada bangsa dan negara melainkan seorang itu menyedari bahawa dia ada peranan dan kewajipan sebagai anggota masyarakat.

Comments

Popular posts from this blog

10 TIPS UNTUK KURANGKAN GEMENTAR BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI

Setiap orang mempunyai perbezaan mereka yang tersendiri, ada yang ramah, ada yang banyak mulut, mudah bergaul, juga ada yang malu, dan hanya bercakap sepatah sahaja apabila ditanya. Disebabkan perbezaan ini jugalah, membuatkan ramai di antara kita yang seringmeminta mereka yang ramah, dan banyak cakap untuk ke depan bila mana ada ucapan yang perlu diberi. Buat mereka yang pemalu, senyap, dan cepat gemuruh sudah pasti hanya diamkan diri di satu sudut, risau namanya dipanggil untuk berucap di hadapan, lagi-lagi dengan orang yang tidak dikenali. Sebenarnya ramai yang mempunyai masalah sebegitu, yang mana rasa sangat gemuruh bila perlu berhadapan dengan ramai orang, bukan tiada apa nak dicakapkan, cuma terlalu gemuruh untuk berdiri di hadapan audien yang ramai. Tapi, kalau ada cara yang boleh hilangkan rasa gemuruh ini, ia sudah pasti akan beri banyak kelegaan. Perkara-perkara yang dapat membantu kurangkan gementar 1. Amalkan senaman kardio seperti jogging, berenang dan berb...

" BANG, ADA KERJA KOSONG X ? "

Perkara pertama bila dah habis belajar, tak kisah la lepas SPM ke, STPM ke, sijil ke, diploma ke atau degree ke, adalah untuk mendapatkan pekerjaan dan kalau boleh yang sesuai dengan jiwa raga serta memberi gaji yang berpadanan. Tapikan bukan senang nak dapat kerja sekarang, melihat pada faktor ekonomi sekarang yang tak menentu. Sekejap elok, sekejap tak. Kalau apply terus dapat, memang rezeki. Sambil-sambil tengah mencari tu, rajinkan diri tanya orang lain bagaimana nak naikkan percentage untuk dapatkan interview. Banyakkan bertanya untuk mendapatkan tips. Memang orang yang sudi nak share memang tak lokek ilmu. So kali ni, dikesempatan ini, kami nak kongsi dengan sesiapa yang sudi nak baca macam mana kita nak tingkatkan peluang untuk dapatkan pekerjaan yang diimpikan atau tak pun untuk keluar dari alam pengangguran Pertama sekali perlu diingat resume , resume dan resume . Berdasarkan apa yang orang berpengalaman bagitau, resume yang kita hantar tu mesti kena simple dan...

4 KESAN " MULTITASKING" DALAM JANGKA MASA PANJANG! KENAPA?

Multitasking memang akan membuat Anda boleh bergerak lebih cepat dan menyelesaikan semua pekerjaan dalam satu waktu, ini memang bagus untuk menjimat tenaga dan waktu. Namun ternyata kebiasaan ini tidak baik dilakukan dalam jangka masa panjang, kenapa? Daya fokus anda akan terbahagi. Hal ini dikatakan psikologis, dimana kebiasaan melakukan suatu pekerjaan bersamaan tidak akan memberikan kesan yang bagus, ini akan membuat fikiran mudah terpecah dan akhirnya tidak menyelesaikan semua pekerjaan dengan baik. Saat masih muda, ini semua memang bagus. Namun menjelang usia 40 tahun, sudah jelas akan terjadi penurunan cara kerja. Sebenarnya apa kesan negatif dari kebiasaan multitasking, hal yang hampir dilakukan semua orang muda. Kerana menganggap tidak mempunyai banyak masa, namun di dengan semua pekerjaan segudang. Ada banyak hal yang bisa Anda dapatkan, salah satunya tidak cepat tua. Lebih baik mencegah dampak negatif mulai sekarang bukan. 4 Kesan Negatif Jika Menerapkan Multita...