Skip to main content

" BANG, ADA KERJA KOSONG X ? "



Perkara pertama bila dah habis belajar, tak kisah la lepas SPM ke, STPM ke, sijil ke, diploma ke atau degree ke, adalah untuk mendapatkan pekerjaan dan kalau boleh yang sesuai dengan jiwa raga serta memberi gaji yang berpadanan.

Tapikan bukan senang nak dapat kerja sekarang, melihat pada faktor ekonomi sekarang yang tak menentu. Sekejap elok, sekejap tak. Kalau apply terus dapat, memang rezeki.

Sambil-sambil tengah mencari tu, rajinkan diri tanya orang lain bagaimana nak naikkan percentage untuk dapatkan interview. Banyakkan bertanya untuk mendapatkan tips. Memang orang yang sudi nak share memang tak lokek ilmu. So kali ni, dikesempatan ini, kami nak kongsi dengan sesiapa yang sudi nak baca macam mana kita nak tingkatkan peluang untuk dapatkan pekerjaan yang diimpikan atau tak pun untuk keluar dari alam pengangguran


Pertama sekali perlu diingat resume, resume dan resume. Berdasarkan apa yang orang berpengalaman bagitau, resume yang kita hantar tu mesti kena simple dan direct to the point. Takyahlah korang rajin-rajin nak tulis karangan 1000 patah perkataan kerana mereka yang nak hire kita tu bukan satu dua resume yang nak dibaca tapi beribu-ribu. Resume juga perlu tersusun supaya senang untuk dibaca. Tak dilupakan juga pada ayat-ayat yang kita guna. Kalau tidak mahir berbahasa Inggeris/English, bolehlah mintak sesiapa yang expert untuk check dan betulkan mana yang tak betul supaya nampak lebih professional.

Kalau ade resume mesti ade cover letter kan ? So cover letter tu sama seperti resume, simple dan direct to the point serta check jugak grammar dan ayat supaya cover letter tu nampak professional bukannya nampak macam surat cinta.

Bila dah ade resume dan cover letter, sudah tentu korang nak apply ke syarikat idaman ? So apa tunggu lagi, hantar terus. Pastikan kat cover letter tu masukkan position ape yang nak applied. Position bergantung pada syarikat. Janganlah pula korang mintak position engineer kat kedai bunga.

Pastikan kalau korang hantar by post atau by hand, resume dan cover letter kemas dan cantik. Kalau boleh susun resume dan cover letter bersama document lain supaya lebih kemas. Janganlah pula hantar resume yang comot dengan tulisan tidak jelas, korang padam dan tulis balik secara manual, resume jadi rosak. Jadi, pastikan recheck semua dalam keadaan baik selepas selesai.

Sekarang ni senang nak tahu dekat mana ade kerja kosong dengan kewujudan internet dan surat khabar. So jangan malas untuk bukak jobstreet ke, jobmalaysia ke, the star ke, ajtawakal.com ke untuk dapatkan info kerja kosong. Bila dah hantar tu, follow up dengan syarikat yang dimohon untuk tahu jika kita ada chance tak untuk dipanggil interview. Follow up setiap minggu sehingga mereka response. Ini semua untuk beri hint pada syarikat yang kita berminat sangat untuk kerja.

Last sekali, tips yang kami nak share adelah jangan memilih sangat kerja. Kerja apa yang korang dapat, terima dulu dan sambil itu korang try lah apply kerja tempat lain. Kenapa perlu buat begitu ? Sebabnya kita nak dapatkan pengalaman, mungkin tidak berapa nak berkait sangat dengan apa yang kita belajar masa college dulu tapi kita akan dapat soft skills lain yang amat berguna dimana-mana pun. Ingat, ilmu seperti ini tidak boleh belajar secara teori, kena belajar cara pratikal. So nanti bila syarikat lain tengok resume kita yang kita dah ada pengalaman, percentage nak mendapat panggilan interview secara tidak lansung akan meningkat.

Comments

Popular posts from this blog

TIPS SESUAIKAN DIRI DALAM ALAM PEKERJAAN SELEPAS TAMAT BELAJAR

Sebelum ini pernah kecoh apabila wakil sebuah firma pekerjaan berkata, graduan di Malaysia mempunyai kemahuan yang tidak realistik jika dibandingkan dengan realiti sebenar dunia pekerjaan. Adakah perkara tersebut benar atau hanya sekadar kata-kata kosong untuk memastikan permintaan graduan-graduan baru kekal rendah? Bagaimanapun, memang tidak dinafikan ada pelbagai aspek yang perlu diperhalusi sebagai graduan yang baharu sahaja menamatkan zaman belajar dan kini mula menceburi alam pekerjaan. Berikut merupakan nasihat-nasihat berguna yang selalu dipandang remeh oleh graduan baru. Begitu juga dengan pekerja yang sudah mempunyai pengalaman bertahun-tahun. Nasihat-nasihat ini diharapkan dapat membantu anda dalam mencari pekerjaan dan membantu meringankan proses menyesuaikan hidup di tempat kerja yang baru. 1. Tak Ada Siapa Peduli Apa Kelulusan Anda! Walaupun anda datang bekerja dengan segulung ijazah yang anda susah payah dapatkan, ini tidak bererti anda hebat dan serba...
Tips Untuk Mengurangkan Bil Elektrik Anda Ketahui bagaimana untuk menggunakan elektrik dengan lebih efisien boleh membantu anda berjimat beberapa ratus ringgit setahun dan membantu melindungi alam sekitar juga. Beberapa kaedah dan cara yang boleh mengurangkan penggunaan elektrik ini perlukan sedikit pengorbannan dari pihak anda, dan mungkin uga perlu melibatkan sedikit masa dan kewangan, tetapi berbaloi dalam masa hadapan. Berikut adalah cara-cara untuk mengurangkan bil elektrik anda, tidak kiralah untuk rumah, sekolah ataupun pejabat anda. Kaedah #1 : Berjimat Elektrik Pada Masa Yang Sama Menyejukkan Rumah Percayalah, kita banyak menggunakan tenaga elektrik untuk menyejuk atau menyamankan rumah dan bilik kita. Tiada salah dengan perkara tersebut, cuma kena tepat dengan caranya: 1. Cat Rumah Anda Tahap kepanasan dalam rumah boleh ditentukan dengan warna cat. Warna yang lebih gelap akan mudah menyerap haba berbanding dengan warna yang terang. Oleh itu, jika and...