Skip to main content

7 LANGKAH MENGHILANGKAN SIFAT MALAS


Setiap orang pasti pernah merasa malas apabila melakukan suatu perkara, malas boleh menyerang siapa saja, tidak kira masa, dan dimana pun. Sifat ini adalah sifat yang tidak elok diamalkan dan boleh mempengaruhi hidup anda jika dibiarkan berterusan.

Jadi di dalam artikel kali ini kami akan kongsikan beberapa cara untuk menghilangkan sifat malas dalam diri anda dan supaya menjadi orang yang lebih rajin dalam apa jua yang dilakukan.


1. Kenali Masalah Utama

Setiap kali anda berasa malas, ia mesti disebabkan oleh sesuatu, betul? Sifat malas ini adalah simptom, bukannya masalah itu sendiri.

Jadi cuba tanya diri sendiri, kenapa anda tidak mempunyai semangat dan motivasi? Adakah anda sudah letih, penat, tidak berpuas hati, takut, sakit dan sebagainya?

Kenalpasti kenapa anda berasa seperti itu dan kemudian berdepan dengannya, jangan larikan diri.

2. Selesaikan Masalah Utama

Setelah anda mengenalpasti punca sikap malas itu, cuba selesaikan masalah tersebut terlebih dahulu, barulah anda fokus apa yang anda ingin lakukan.

Ia mungkin sukar, tetapi jika tidak diselesaikan, sampai bila anda nak berterusan macam ini. Sila pertimbangkan beberapa contoh ini:

Jika anda penat, cuba rehatkan diri. Setiap orang perlukan masa untuk mereka sendiri.
Jika anda tidak pandai, dapatkan bantuan daripada sesiapa yang pandai.
Jika anda tidak bersemangat dan putus asa, cuba dapatkan kembali semangat tersebut dengan mengubah tempat kerja, ubah persekitaran dan sebagainya.

3. Sediakan To-Do-List

Anda boleh membuat to-do-list, hal ini dapat membantu anda menjadi lebih teratur. Apabila membuat senarai ini, ianya perlulah logik, releven dan sesuai dengan jangka masa yang diperuntukkan.

Sediakan senarai itu sehari atau seminggu lebih awal agar anda lebih senang untuk mengatur masa dan cuba pastikan anda terikat dengan jadual tersebut.

4. Mulakan Sesuatu Walaupun Sedikit

Semua perkara mesti ada permulaannya, jika anda inginkan sesuatu perlulah bermula dari sekarang, walaupun ianya sedikit.

Namun, untuk bergerak dan memulakan sesuatu itulah yang paling susah. Tetapi apabila sudah mula bergerak sedikit demi sedikit, lama-lama anda akan terbiasa dan akan nampak hasilnya.

Jika anda masih malas dan banyak berikan alasan, semakin sukar bagi anda untuk memulakan sesuatu. Jadi mulalah lakukan sesuatu!

5. Tinggalkan Apa Jua Penghalang

Antara sebab kita menjadi malas adalah disebabkan oleh gangguan, contohnya seperti gadget, media sosial, permainan dan sebagainya. Tiada masalah menggunakannya, cuma kalau tidak secara terkawal, ia boleh memakan diri sendiri.

Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan mengatur masa, bila boleh bersosial dan bila boleh bermain game. Matikan phone apabila sedang melakukan kerja, agar tidak mudah diganggu dengan notifikasi dan sebagainya.

6. Disiplinkan Diri

Jangan berhenti rehat jika tidak perlu. Siapkan terlebih dahulu tugasan yang anda perlu siapkan, kemudian ambillah rehat sekejap sebelum meneruskan tugasan yang seterusnya.

Disiplin perlu memainkan peranan yang penting dalam kes ini, dan juga paling sukar buat pertama kali. Sila lakukan apa yang anda sudakh senaraikan dalam To-Do-List yang ada sudah buat.

7. Jangan Sesekali Berputus Asa

Sekali lagi, hidup ini bukannya lurus dan ada kalanya ia bengkok, ada kalanya ia bergunung-ganang. Apa jua yang berlaku, jangan berputus asa dengan apa kerjaya yang anda ingin usahakan.

Kerap ingatkan diri sendiri betapa jauh yang anda ingin capai dalam kerjaya anda. Dapatkan nasihat pakar sekiranya boleh. Jangan biarkan usaha anda selama ini disia-siakan.

Tips Tambahan Menghilangkan Sifat Malas

Kerap ingatkan diri tentang matlamat, dan kenapa anda membuat sesuatu perkara tersebut dan cuba bayangkan kesan jika anda berputus asa.

Bekerja dengan orang yang rajin, ia boleh mengelakkan anda daripada menjadi malas.
Tidur awal, bangun awal.

Cuba minum air yang sejuk apabila anda rasa malas kerana ia boleh meransang otak anda, meningkatkan pergerakan badan, lantas melakukan kerja.

Guna teknik 20/10 yang di mana 20 minit anda lakukan sesuatu tugasan dan 10 minit adalah masa untuk rehat. 45/15 juga boleh digunakan.




Kesimpulan

Untuk menghilangkan sifat malas dalam diri adalah 100% bergantung pada individu itu sendiri. Ia bermula dengan matlamat hidup yang dia ingin capai, dan terus berusaha untuk mencapainya.

Diharap artikel ini membantu anda dalam menyelesaikan masalah kemalasan anda. Sila tinggalkan komen bagaimana anda menghilangkan sifat malas dalam diri anda di bawah dan kongsikan kepada rakan-rakan anda.

Comments

Popular posts from this blog

10 TIPS UNTUK KURANGKAN GEMENTAR BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI

Setiap orang mempunyai perbezaan mereka yang tersendiri, ada yang ramah, ada yang banyak mulut, mudah bergaul, juga ada yang malu, dan hanya bercakap sepatah sahaja apabila ditanya. Disebabkan perbezaan ini jugalah, membuatkan ramai di antara kita yang seringmeminta mereka yang ramah, dan banyak cakap untuk ke depan bila mana ada ucapan yang perlu diberi. Buat mereka yang pemalu, senyap, dan cepat gemuruh sudah pasti hanya diamkan diri di satu sudut, risau namanya dipanggil untuk berucap di hadapan, lagi-lagi dengan orang yang tidak dikenali. Sebenarnya ramai yang mempunyai masalah sebegitu, yang mana rasa sangat gemuruh bila perlu berhadapan dengan ramai orang, bukan tiada apa nak dicakapkan, cuma terlalu gemuruh untuk berdiri di hadapan audien yang ramai. Tapi, kalau ada cara yang boleh hilangkan rasa gemuruh ini, ia sudah pasti akan beri banyak kelegaan. Perkara-perkara yang dapat membantu kurangkan gementar 1. Amalkan senaman kardio seperti jogging, berenang dan berb...

" BANG, ADA KERJA KOSONG X ? "

Perkara pertama bila dah habis belajar, tak kisah la lepas SPM ke, STPM ke, sijil ke, diploma ke atau degree ke, adalah untuk mendapatkan pekerjaan dan kalau boleh yang sesuai dengan jiwa raga serta memberi gaji yang berpadanan. Tapikan bukan senang nak dapat kerja sekarang, melihat pada faktor ekonomi sekarang yang tak menentu. Sekejap elok, sekejap tak. Kalau apply terus dapat, memang rezeki. Sambil-sambil tengah mencari tu, rajinkan diri tanya orang lain bagaimana nak naikkan percentage untuk dapatkan interview. Banyakkan bertanya untuk mendapatkan tips. Memang orang yang sudi nak share memang tak lokek ilmu. So kali ni, dikesempatan ini, kami nak kongsi dengan sesiapa yang sudi nak baca macam mana kita nak tingkatkan peluang untuk dapatkan pekerjaan yang diimpikan atau tak pun untuk keluar dari alam pengangguran Pertama sekali perlu diingat resume , resume dan resume . Berdasarkan apa yang orang berpengalaman bagitau, resume yang kita hantar tu mesti kena simple dan...

4 KESAN " MULTITASKING" DALAM JANGKA MASA PANJANG! KENAPA?

Multitasking memang akan membuat Anda boleh bergerak lebih cepat dan menyelesaikan semua pekerjaan dalam satu waktu, ini memang bagus untuk menjimat tenaga dan waktu. Namun ternyata kebiasaan ini tidak baik dilakukan dalam jangka masa panjang, kenapa? Daya fokus anda akan terbahagi. Hal ini dikatakan psikologis, dimana kebiasaan melakukan suatu pekerjaan bersamaan tidak akan memberikan kesan yang bagus, ini akan membuat fikiran mudah terpecah dan akhirnya tidak menyelesaikan semua pekerjaan dengan baik. Saat masih muda, ini semua memang bagus. Namun menjelang usia 40 tahun, sudah jelas akan terjadi penurunan cara kerja. Sebenarnya apa kesan negatif dari kebiasaan multitasking, hal yang hampir dilakukan semua orang muda. Kerana menganggap tidak mempunyai banyak masa, namun di dengan semua pekerjaan segudang. Ada banyak hal yang bisa Anda dapatkan, salah satunya tidak cepat tua. Lebih baik mencegah dampak negatif mulai sekarang bukan. 4 Kesan Negatif Jika Menerapkan Multita...