Skip to main content

TIPS SESUAIKAN DIRI DALAM ALAM PEKERJAAN SELEPAS TAMAT BELAJAR

Sebelum ini pernah kecoh apabila wakil sebuah firma pekerjaan berkata, graduan di Malaysia mempunyai kemahuan yang tidak realistik jika dibandingkan dengan realiti sebenar dunia pekerjaan. Adakah perkara tersebut benar atau hanya sekadar kata-kata kosong untuk memastikan permintaan graduan-graduan baru kekal rendah?

Bagaimanapun, memang tidak dinafikan ada pelbagai aspek yang perlu diperhalusi sebagai graduan yang baharu sahaja menamatkan zaman belajar dan kini mula menceburi alam pekerjaan.

Berikut merupakan nasihat-nasihat berguna yang selalu dipandang remeh oleh graduan baru. Begitu juga dengan pekerja yang sudah mempunyai pengalaman bertahun-tahun. Nasihat-nasihat ini diharapkan dapat membantu anda dalam mencari pekerjaan dan membantu meringankan proses menyesuaikan hidup di tempat kerja yang baru.

1. Tak Ada Siapa Peduli Apa Kelulusan Anda!

Walaupun anda datang bekerja dengan segulung ijazah yang anda susah payah dapatkan, ini tidak bererti anda hebat dan serba tahu. Kosongkan fikiran anda. Buang semua bukti yang anda hebat memimpin di kolej atau universiti dulu, kemudian belajar semula.
Organisasi baru memerlukan corak pemikiran yang baru. Jadi jangan terkejut jika selama ini anda rasa anda mempunyai bakat superhuman dan sangat penting, anda dipandang sebagai Mr.Nobody di tempat kerja baru anda.

2. Jangan Terus Rasa Anda Original!

Perkara yang paling menyakitkan hati adalah apabila wujud pihak lain yang mengambil kredit daripada idea atau kerja kita. Perkara itu akan berlaku walau sekuat mana pun anda melawan.
Buat permulaan, walaupun anda tahu idea itu merupakan idea anda, cuba cari jalan supaya idea tersebut dapat dikreditkan secara berkumpulan, misalnya melibatkan jabatan atau unit anda. Ini akan membuatkan anda jadi popular di kalangan rakan sekerja kerana mereka kini mempunyai sebab untuk lebih mempercayai keikhlasan anda.

3. Hindari Diri Dari Politik Pejabat!

Menyertai kumpulan-kumpulan atau puak di dalam pejabat mampu membuatkan kita rasa selamat tetapi selalunya jalan yang lebih selamat adalah menjadi individu yang tidak mampu dikaitkan dengan mana-mana puak yang memegang sentimen masing-masing.
Sebaliknya, cuba jadikan diri anda orang yang dipercayai dan tidak melibatkan diri dalam mana-mana puak kerana ini akan membuatkan anda kurang menjadi sasaran sebagai kambing hitam jika wujud insiden atau isu pejabat.

4. Sebelum Menghadiri Temuduga, Semak Resume Anda!

Ini benda paling asas. Resume adalah dokumen pertama di mana anda akan dinilai. Pastikan tidak ada kesalahan ejaan berlaku atau lari susun atur. Resume tidak perlu meleret-leret, cukup sekadar memaparkan apa yang diperlukan dan apa yang anda rasa penting untuk diketengahkan.
Tidak menjadi kepentingan resume datang dalam bentuk berwarna dan pastikan tidak ada penggunaan fon yang fancy untuk ‘mencantikkan’ resume anda. Less is more. Pastikan gambar yang digunakan tidak pecah pikselnya.

5. Anda Akan Lakukan Kesilapan, Teruskan Hidup!

Sewaktu belajar, apabila anda melakukan kesilapan, selalunya kesilapan itu tidak akan membawa kesan yang besar. Paling besar pun, kesan ke atas anda. Dalam dunia pekerjaan pula, kesilapan adalah sesuatu yang melibatkan ramai orang lain dan mungkin memberi kesan kepada syarikat misalnya.
Tetapi anda harus terima yang anda juga akan melakukan kesilapan. Jika terbukti anda tersilap langkah, akui kesilapan dan teruskan dengan rutin profesional anda seperti biasa. Jika ada tindakan susulan, minta penjelasan dari pihak pengurusan. Pastikan anda bersikap profesional setiap masa dan tidak terpengaruh dengan emosi.

6. Tolonglah Buat Alamat Emel Baru!

Pelajar-pelajar Melayu khasnya, amat gemar mengekalkan alamat emel yang mereka gunakan semasa zaman belajar untuk digunakan sewaktu memohon pekerjaan. Tolong tukar emel anda jika emel anda itu tidak memaparkan nama.

Comments

Popular posts from this blog

5 LANGKAH MEMILIH KOMPUTER YANG SESUAI SEBELUM MEMBELI

Walaupun tidak dinafikan bahawa komputer persendirian (ataupun PC) sudah kurang digunakan pada masa sekarang, namun ia masih mendapat permintaan dari beberapa pihak. Dalam artikel ini kami akan bantu anda untuk memberikan sedikit pandangan kepada anda sebelum membeli PC. 1. Apakah Keperluan Anda untuk Memiliki Komputer? Pertama sekali, anda perlu tanya diri sendiri terlebih dahulu, anda akan menggunakan komputer tersebut untuk tujuan apa. Sebagai contoh, sekadar menggunakan untuk melayari internet, ataupun menaip fail, ataupun bermain permainan dan edit video/gambar. Adakah anda merancang menggunakannya untuk membuat laman sesawang? Adakah untuk bermain permainan komputer dan bercadang untuk upgrade pada masa hadapan? – Sila pertimbangkan semua aspek itu. 2. Pilih Komputer Yang Mudah Dinaik Taraf (Upgrade) Kadangkala komputer yang kita guna sudah tidak secepat masa kita beli pada mula-mulanya. Oleh itu, upgrade menjadi satu pilihan yang baik daripada membeli komputer yang ...

4 KESAN " MULTITASKING" DALAM JANGKA MASA PANJANG! KENAPA?

Multitasking memang akan membuat Anda boleh bergerak lebih cepat dan menyelesaikan semua pekerjaan dalam satu waktu, ini memang bagus untuk menjimat tenaga dan waktu. Namun ternyata kebiasaan ini tidak baik dilakukan dalam jangka masa panjang, kenapa? Daya fokus anda akan terbahagi. Hal ini dikatakan psikologis, dimana kebiasaan melakukan suatu pekerjaan bersamaan tidak akan memberikan kesan yang bagus, ini akan membuat fikiran mudah terpecah dan akhirnya tidak menyelesaikan semua pekerjaan dengan baik. Saat masih muda, ini semua memang bagus. Namun menjelang usia 40 tahun, sudah jelas akan terjadi penurunan cara kerja. Sebenarnya apa kesan negatif dari kebiasaan multitasking, hal yang hampir dilakukan semua orang muda. Kerana menganggap tidak mempunyai banyak masa, namun di dengan semua pekerjaan segudang. Ada banyak hal yang bisa Anda dapatkan, salah satunya tidak cepat tua. Lebih baik mencegah dampak negatif mulai sekarang bukan. 4 Kesan Negatif Jika Menerapkan Multita...