Skip to main content

CARA MEMPERKENALKAN DIRI SEMASA TEMUDUGA KERJA





Sila perkenalkan diri anda

99% temuduga biasanya akan dimulakan dengan soalan ini. Ramai penemuduga memilih soalan memperkenalkan diri sebagai ice breaking sebelum bertanya soalan lain.

Kesilapan Yang Sering Berlaku Semasa Memperkenalkan diri

Antara kesilapan graduan fresh graduate semasa menjawab soalan ini adalah mereka menjawab dengan meleret-leret. Tetapi jawapan yang diberikan itu tidak berisi dan tidak berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Jangan ambil masa terlalu lama memperkenalkan diri kerana penemuduga ada soalan lain yang mahu ditanya lagi. Ambil masa sekitar 3-4 minit sahaja untuk memperkenalkan diri.
Dan pastikan jawapan anda itu ringkas dan padat.

Tips Dan Cara Memperkenalkan Semasa Temuduga kerja

Jawab dengan jujur semasa menjawab soalan. Jangan terlalu gementar. Soalan ini antara tujuannya adalah untuk membantu anda menghilangkan rasa gementar.

Apa Yang Boleh Diceritakan?

Ketika menjawab soalan memperkenalkan diri, ini adalah antara poin-poin yang anda boleh gunakan: 
  1. Nama
  2. Umur
  3. Asal
  4. Status berkahwinan
  5. Kelayakan akademik
  6. Tahun bergraduasi
  7. Minat berkaitan jawatan
  8. Pengalaman kerja
  9. Jika Tidak Pernah Bekerja
Bagi graduan fresh graduate, sekiranya anda tidak mempunyai pengalaman kerja, anda boleh ceritakan pengalaman latihan industri anda.

Atau cerita tentang pengalaman kerja part-time yang pernah anda buat.

Dan jika anda memang tidak pernah bekerja langsung, anda boleh cerita tentang hobi dan minat anda yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Pendek kata, ceritakan sesuatu yang menampakkan anda berusaha untuk buat sesuatu.

Contoh Jawapan Cara Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga
  • Saya (nama anda) berasal dari (tempat asal/tempat tinggal).
  • Saya mempunyai kelulusan (kelayakan akademik anda) dari (tempat anda belajar).
  • Saya (pernah/sedang) bekerja (nama syarikat) selama (tempoh bekerja).
  • Semasa belajar, saya pernah terlibat dengan (aktiviti/kelab/persatuan).
  • Saya mahir menggunakan (skil yang anda miliki).
  • Saya pernah mengikuti bengkel/kurus (nama kursus).
Boleh cuba susun dan ubah ayat ikut kesesuaian. Sebaiknya anda susun letak perkara positif tentang diri anda di bahagian depan.

Selamat pagi tuan. Nama saya Khairul Anuar berasal dari Kajang, Selangor.

Saya mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Komputer dari Universiti Kuala Lumpur. Saya baru bergraduasi pada bulan Oktober tahun lepas.

Ketika belajar saya telah membuat latihan industri di RTM Kuala Lumpur. Saya bekerja di bahagian Servis yang mana bantu selesaikan isu-isu teknikal yang timbul.

Saya sekarang ini sedang buat freelance membuat website. Saya ada membantu saudara dan kawan-kawan yang ini membuat website. Apabila ada masa lapang saya akan menulis artikel untuk blog peribadi saya.

Saya belum pernah bekerja dengan mana-mana syarikat lagi. Saya ke sini bagi memohon jawatan website designer.


Apa Yang Perlu Diberi Perhatian?

Ketika menjawab soalan, cuba untuk menjawab dengan lancar. Pastikan juga emosi anda terkawal dan jangan lupa untuk memberikan eye contact dengan penemuduga.

Walaupun anda gementar pastikan anda cuba menjawab dengan yakin. Insyaallah, selepas menjawab beberapa soalan, gementar itu akan hilang.

Semoga artikel ini dapat membantu anda memperkenalkan diri semasa temuduga dengan baik.

Comments

Popular posts from this blog

10 TIPS UNTUK KURANGKAN GEMENTAR BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI

Setiap orang mempunyai perbezaan mereka yang tersendiri, ada yang ramah, ada yang banyak mulut, mudah bergaul, juga ada yang malu, dan hanya bercakap sepatah sahaja apabila ditanya. Disebabkan perbezaan ini jugalah, membuatkan ramai di antara kita yang seringmeminta mereka yang ramah, dan banyak cakap untuk ke depan bila mana ada ucapan yang perlu diberi. Buat mereka yang pemalu, senyap, dan cepat gemuruh sudah pasti hanya diamkan diri di satu sudut, risau namanya dipanggil untuk berucap di hadapan, lagi-lagi dengan orang yang tidak dikenali. Sebenarnya ramai yang mempunyai masalah sebegitu, yang mana rasa sangat gemuruh bila perlu berhadapan dengan ramai orang, bukan tiada apa nak dicakapkan, cuma terlalu gemuruh untuk berdiri di hadapan audien yang ramai. Tapi, kalau ada cara yang boleh hilangkan rasa gemuruh ini, ia sudah pasti akan beri banyak kelegaan. Perkara-perkara yang dapat membantu kurangkan gementar 1. Amalkan senaman kardio seperti jogging, berenang dan berb...

" BANG, ADA KERJA KOSONG X ? "

Perkara pertama bila dah habis belajar, tak kisah la lepas SPM ke, STPM ke, sijil ke, diploma ke atau degree ke, adalah untuk mendapatkan pekerjaan dan kalau boleh yang sesuai dengan jiwa raga serta memberi gaji yang berpadanan. Tapikan bukan senang nak dapat kerja sekarang, melihat pada faktor ekonomi sekarang yang tak menentu. Sekejap elok, sekejap tak. Kalau apply terus dapat, memang rezeki. Sambil-sambil tengah mencari tu, rajinkan diri tanya orang lain bagaimana nak naikkan percentage untuk dapatkan interview. Banyakkan bertanya untuk mendapatkan tips. Memang orang yang sudi nak share memang tak lokek ilmu. So kali ni, dikesempatan ini, kami nak kongsi dengan sesiapa yang sudi nak baca macam mana kita nak tingkatkan peluang untuk dapatkan pekerjaan yang diimpikan atau tak pun untuk keluar dari alam pengangguran Pertama sekali perlu diingat resume , resume dan resume . Berdasarkan apa yang orang berpengalaman bagitau, resume yang kita hantar tu mesti kena simple dan...

4 KESAN " MULTITASKING" DALAM JANGKA MASA PANJANG! KENAPA?

Multitasking memang akan membuat Anda boleh bergerak lebih cepat dan menyelesaikan semua pekerjaan dalam satu waktu, ini memang bagus untuk menjimat tenaga dan waktu. Namun ternyata kebiasaan ini tidak baik dilakukan dalam jangka masa panjang, kenapa? Daya fokus anda akan terbahagi. Hal ini dikatakan psikologis, dimana kebiasaan melakukan suatu pekerjaan bersamaan tidak akan memberikan kesan yang bagus, ini akan membuat fikiran mudah terpecah dan akhirnya tidak menyelesaikan semua pekerjaan dengan baik. Saat masih muda, ini semua memang bagus. Namun menjelang usia 40 tahun, sudah jelas akan terjadi penurunan cara kerja. Sebenarnya apa kesan negatif dari kebiasaan multitasking, hal yang hampir dilakukan semua orang muda. Kerana menganggap tidak mempunyai banyak masa, namun di dengan semua pekerjaan segudang. Ada banyak hal yang bisa Anda dapatkan, salah satunya tidak cepat tua. Lebih baik mencegah dampak negatif mulai sekarang bukan. 4 Kesan Negatif Jika Menerapkan Multita...