Skip to main content

Posts

CARA MEMBENTUK DIRI MENJADI PEKERJA CEMERLANG DALAM PERSPEKTIF ISLAM

Pekerja yang mempunyai prestasi kerja cemerlang akan sentiasa menjadi buruan organisasi. Organisasi mahu menggunakan pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kecekapan dan nilai positif yang dimiliki serta kepakaran yang ada pada pekerja sebegini agar kualiti perkhidmatan yang ditawarkan berada pada tahap cemerlang.  Pekerja yang cemerlang menyumbang kepada peningkatan kualiti dan kuantiti perkhidmatan yang baik.  Jika menemui kesulitan ketika melaksanakan tugas, perkara yang perlu dilakukan adalah berusaha mencari jalan mengatasi atau menyelesaikan masalah itu dan tidak mudah berpatah hati dan mengaku kalah sebelum menyelesaikannya. Untuk mencapai tahap kecemerlangan, seorang pekerja itu perlu menanam dan mengamalkan sifat berikut: Pro-aktif dan mengambil inisiatif Pekerja yang pro-aktif dan mempunyai sikap inisiatif adalah mereka yang melakukan usaha atau sesuatu sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya. Sesuatu kerja itu perlu dilakukan dengan tekun dan teliti
Recent posts
Tips Untuk Mengurangkan Bil Elektrik Anda Ketahui bagaimana untuk menggunakan elektrik dengan lebih efisien boleh membantu anda berjimat beberapa ratus ringgit setahun dan membantu melindungi alam sekitar juga. Beberapa kaedah dan cara yang boleh mengurangkan penggunaan elektrik ini perlukan sedikit pengorbannan dari pihak anda, dan mungkin uga perlu melibatkan sedikit masa dan kewangan, tetapi berbaloi dalam masa hadapan. Berikut adalah cara-cara untuk mengurangkan bil elektrik anda, tidak kiralah untuk rumah, sekolah ataupun pejabat anda. Kaedah #1 : Berjimat Elektrik Pada Masa Yang Sama Menyejukkan Rumah Percayalah, kita banyak menggunakan tenaga elektrik untuk menyejuk atau menyamankan rumah dan bilik kita. Tiada salah dengan perkara tersebut, cuma kena tepat dengan caranya: 1. Cat Rumah Anda Tahap kepanasan dalam rumah boleh ditentukan dengan warna cat. Warna yang lebih gelap akan mudah menyerap haba berbanding dengan warna yang terang. Oleh itu, jika and

4 KESAN " MULTITASKING" DALAM JANGKA MASA PANJANG! KENAPA?

Multitasking memang akan membuat Anda boleh bergerak lebih cepat dan menyelesaikan semua pekerjaan dalam satu waktu, ini memang bagus untuk menjimat tenaga dan waktu. Namun ternyata kebiasaan ini tidak baik dilakukan dalam jangka masa panjang, kenapa? Daya fokus anda akan terbahagi. Hal ini dikatakan psikologis, dimana kebiasaan melakukan suatu pekerjaan bersamaan tidak akan memberikan kesan yang bagus, ini akan membuat fikiran mudah terpecah dan akhirnya tidak menyelesaikan semua pekerjaan dengan baik. Saat masih muda, ini semua memang bagus. Namun menjelang usia 40 tahun, sudah jelas akan terjadi penurunan cara kerja. Sebenarnya apa kesan negatif dari kebiasaan multitasking, hal yang hampir dilakukan semua orang muda. Kerana menganggap tidak mempunyai banyak masa, namun di dengan semua pekerjaan segudang. Ada banyak hal yang bisa Anda dapatkan, salah satunya tidak cepat tua. Lebih baik mencegah dampak negatif mulai sekarang bukan. 4 Kesan Negatif Jika Menerapkan Multita

Rakyat Malaysia Yang Ketiga Paling Kurang Bercuti Di Dunia

Rakyat Malaysia merupakan penduduk ketiga yang paling kurang bercuti di dunia dan menduduki tempat kedua di Asia Pasifik, kata Expedia.com.my. Portal pelancongan dalam talian itu berkata, berdasarkan kaji selidik tahunan ke-17 mengenai kekurangan percutian, hampir dua pertiga rakyat Malaysia yang ditinjau mendedahkan bahawa mereka sangat atau agak kurang bercuti. Pengurus Besar Expedia Asia Tenggara dan India, Simon Fiquet, berkata alasan utama kekurangan itu ialah masalah bajet atau kemampuan, keinginan untuk mengumpul hari cuti untuk cuti lebih lama dan ketidakupayaan mengelak daripada kerja. Menurutnya, kaji selidik itu yang melibatkan 15,000 dewasa yang bekerja sepenuh masa di 30 pasaran mendedahkan yang kekurangan percutian semakin meningkat di seluruh dunia, dengan 53 peratus responden merasakan kurang bercuti pada 2017 berbanding 49 peratus pada 2016. "Berbanding Amerika dan Eropah, Asia-Pasifik mengetuai kumpulan itu sebagai rantau paling kurang bercuti,

" BANG, ADA KERJA KOSONG X ? "

Perkara pertama bila dah habis belajar, tak kisah la lepas SPM ke, STPM ke, sijil ke, diploma ke atau degree ke, adalah untuk mendapatkan pekerjaan dan kalau boleh yang sesuai dengan jiwa raga serta memberi gaji yang berpadanan. Tapikan bukan senang nak dapat kerja sekarang, melihat pada faktor ekonomi sekarang yang tak menentu. Sekejap elok, sekejap tak. Kalau apply terus dapat, memang rezeki. Sambil-sambil tengah mencari tu, rajinkan diri tanya orang lain bagaimana nak naikkan percentage untuk dapatkan interview. Banyakkan bertanya untuk mendapatkan tips. Memang orang yang sudi nak share memang tak lokek ilmu. So kali ni, dikesempatan ini, kami nak kongsi dengan sesiapa yang sudi nak baca macam mana kita nak tingkatkan peluang untuk dapatkan pekerjaan yang diimpikan atau tak pun untuk keluar dari alam pengangguran Pertama sekali perlu diingat resume , resume dan resume . Berdasarkan apa yang orang berpengalaman bagitau, resume yang kita hantar tu mesti kena simple dan

TIPS SESUAIKAN DIRI DALAM ALAM PEKERJAAN SELEPAS TAMAT BELAJAR

Sebelum ini pernah kecoh apabila wakil sebuah firma pekerjaan berkata, graduan di Malaysia mempunyai kemahuan yang tidak realistik jika dibandingkan dengan realiti sebenar dunia pekerjaan. Adakah perkara tersebut benar atau hanya sekadar kata-kata kosong untuk memastikan permintaan graduan-graduan baru kekal rendah? Bagaimanapun, memang tidak dinafikan ada pelbagai aspek yang perlu diperhalusi sebagai graduan yang baharu sahaja menamatkan zaman belajar dan kini mula menceburi alam pekerjaan. Berikut merupakan nasihat-nasihat berguna yang selalu dipandang remeh oleh graduan baru. Begitu juga dengan pekerja yang sudah mempunyai pengalaman bertahun-tahun. Nasihat-nasihat ini diharapkan dapat membantu anda dalam mencari pekerjaan dan membantu meringankan proses menyesuaikan hidup di tempat kerja yang baru. 1. Tak Ada Siapa Peduli Apa Kelulusan Anda! Walaupun anda datang bekerja dengan segulung ijazah yang anda susah payah dapatkan, ini tidak bererti anda hebat dan serba

5 LANGKAH MEMILIH KOMPUTER YANG SESUAI SEBELUM MEMBELI

Walaupun tidak dinafikan bahawa komputer persendirian (ataupun PC) sudah kurang digunakan pada masa sekarang, namun ia masih mendapat permintaan dari beberapa pihak. Dalam artikel ini kami akan bantu anda untuk memberikan sedikit pandangan kepada anda sebelum membeli PC. 1. Apakah Keperluan Anda untuk Memiliki Komputer? Pertama sekali, anda perlu tanya diri sendiri terlebih dahulu, anda akan menggunakan komputer tersebut untuk tujuan apa. Sebagai contoh, sekadar menggunakan untuk melayari internet, ataupun menaip fail, ataupun bermain permainan dan edit video/gambar. Adakah anda merancang menggunakannya untuk membuat laman sesawang? Adakah untuk bermain permainan komputer dan bercadang untuk upgrade pada masa hadapan? – Sila pertimbangkan semua aspek itu. 2. Pilih Komputer Yang Mudah Dinaik Taraf (Upgrade) Kadangkala komputer yang kita guna sudah tidak secepat masa kita beli pada mula-mulanya. Oleh itu, upgrade menjadi satu pilihan yang baik daripada membeli komputer yang