Skip to main content

5 LANGKAH MEMILIH KOMPUTER YANG SESUAI SEBELUM MEMBELI



Walaupun tidak dinafikan bahawa komputer persendirian (ataupun PC) sudah kurang digunakan pada masa sekarang, namun ia masih mendapat permintaan dari beberapa pihak.

Dalam artikel ini kami akan bantu anda untuk memberikan sedikit pandangan kepada anda sebelum membeli PC.


1. Apakah Keperluan Anda untuk Memiliki Komputer?

Pertama sekali, anda perlu tanya diri sendiri terlebih dahulu, anda akan menggunakan komputer tersebut untuk tujuan apa. Sebagai contoh, sekadar menggunakan untuk melayari internet, ataupun menaip fail, ataupun bermain permainan dan edit video/gambar.

Adakah anda merancang menggunakannya untuk membuat laman sesawang? Adakah untuk bermain permainan komputer dan bercadang untuk upgrade pada masa hadapan? – Sila pertimbangkan semua aspek itu.

2. Pilih Komputer Yang Mudah Dinaik Taraf (Upgrade)

Kadangkala komputer yang kita guna sudah tidak secepat masa kita beli pada mula-mulanya. Oleh itu, upgrade menjadi satu pilihan yang baik daripada membeli komputer yang baharu.

Komputer yang mudah untuk diupgrade biasanya datang dalam bentuk desktop dan bukannya mini pc seperti Intel Nuc.

3. Kenal Pasti Kategori Komputer

Komputer dibahagikan kepada beberapa konfigurasi yang memenuhi keperluan pengguna. Antara yang biasa anda akan temui adalah:

Kegunaan Biasa (Value) – komputer ini digunakan untuk periksa email, melayari internet dan menaip dokumen dan beberapa perkara yang lain, yang mana tidak memerlukan kekuatan prosesor yang banyak. Komputer jenis ini adalah paling popular kerana boleh dikatakan dalam lingkungan paling murah. Dell, Acer, Asus dan Hp banyak mengeluarkan produk ini.

Penggemar – komputer untuk orang yang sukakan presatsi, multimedia dan bermain permainan komputer secara berkala. Biasanya komputer ini akan dimuatkan dengan graphics card dan menggunakan prosesor yang lagi tinggi kemampuannya. Dell dan beberapa jenama besar yang lain membekalkan komputer jenis ini.

Gaming – Komputer ini adalah terbaik untuk bermain permainan komputer, suntingan video/photo dan beberapa rendering imej 3D. Biasanya komputer adalah besar, mempunyai prosesor yang boleh di-over clock dan graphics card. Untuk dapatkan komputer gaming, anda boleh dapatkan Alienware daripada Dell.

Workstation – Komputer workstation ini sekurang-kurangnya setanding dengan gaming pc, namun tambahannya adalah pada jenis prosesor dan graphics card yang digunakan. Bagi komputer worstation, prosesor seperti Intel Xeon biasanya digunakan. Graphics card pula, komputer jenis ini akan dimuatkan dengan NVidia Quadro dan AMD FirePro.

4. Luangkan Masa Mencari

Sebelum membeli komputer, luangkan masa untuk mengkaji komponen-komponen yang terdapat di dalam komputer tersebut. Bandingkan dengan model yang lain dari segi kelajuan prosesor, RAM, ruang hard disk, graphic cars dan beberapa komponen yang lain. Ini boleh membantu anda dalam mendapatkan komputer yang paling berbaloi kepada anda.

Jika anda tidak mahu susah-susah pasang sendiri, anda boleh minta pekerja di kedai komputer tersebut untuk pasangkannya untuk anda – kos mungkin dikenakan. Namun, di kedai Monaliza dan Mastura (klik pada link), mereka ada menyediakan perkhidmatan custom build pc dan belinya secara online.

Kos untuk custom build pc tidak tetap kerana ia bergantung kepada komponen yang anda pilih. Ia boleh jadi lagi kurang, dan juga boleh jadi lagi mahal daripada model komputer yang sedia ada.

5. Periksa Keserasian (Compatibility)

Jika anda bercadang untuk memasang komputer sendiri, anda perlu memastikan anda mendapatkan komponen yang serasi dengan komponen yang lain. Pastikan semua disokong oleh komponen yang lain, sebab kalau tidak, sistem anda mungkin tidak akan berfungsi dengan baik – ataupun tidak berfungsi langsung.

Jika anda membeli CPU yang menggunakan 1150 soket, pastikan anda mendapatkan motherboard yang juga menggunakan 1150 soket.

Dibawah adalah sedikit jenis komponen yang anda perlu serasikan:

Motherboard : jenis soket CPU, jenis slot untuk graphics card (PCI-E ataupun AGP)

CPU : Intel ataupun AMD – masing-masing perlukan motherboard yang tertentu kerana berbeza soket. Pastikan anda mendapatkan motherboard yang khusus untuk CPU pilihan.

Memori/RAM : DDR3 ataupun DDR4, dan kelajuannya 1333Mhz, 1600Mhz ataupun 1886Mhz

Power supply (PSU) : Biasanya ada disediakan dengan case, tetapi anda juga boleh memilih jenama lain.Berapakah power yang anda perlukan untuk kuasakan semua komponen komputer anda. Biasanya diantara 400-750 watt.




Kesimpulan

Mendapatkan komputer sekarang bukanlah sukar dan mahal kerana anda mempunyai banyak pilihan.

Harap artikel ini membantu dalam menentukan komputer yang sesuai dengan keperluan anda.

Comments

Popular posts from this blog

4 KESAN " MULTITASKING" DALAM JANGKA MASA PANJANG! KENAPA?

Multitasking memang akan membuat Anda boleh bergerak lebih cepat dan menyelesaikan semua pekerjaan dalam satu waktu, ini memang bagus untuk menjimat tenaga dan waktu. Namun ternyata kebiasaan ini tidak baik dilakukan dalam jangka masa panjang, kenapa? Daya fokus anda akan terbahagi. Hal ini dikatakan psikologis, dimana kebiasaan melakukan suatu pekerjaan bersamaan tidak akan memberikan kesan yang bagus, ini akan membuat fikiran mudah terpecah dan akhirnya tidak menyelesaikan semua pekerjaan dengan baik. Saat masih muda, ini semua memang bagus. Namun menjelang usia 40 tahun, sudah jelas akan terjadi penurunan cara kerja. Sebenarnya apa kesan negatif dari kebiasaan multitasking, hal yang hampir dilakukan semua orang muda. Kerana menganggap tidak mempunyai banyak masa, namun di dengan semua pekerjaan segudang. Ada banyak hal yang bisa Anda dapatkan, salah satunya tidak cepat tua. Lebih baik mencegah dampak negatif mulai sekarang bukan. 4 Kesan Negatif Jika Menerapkan Multita...

TIPS SESUAIKAN DIRI DALAM ALAM PEKERJAAN SELEPAS TAMAT BELAJAR

Sebelum ini pernah kecoh apabila wakil sebuah firma pekerjaan berkata, graduan di Malaysia mempunyai kemahuan yang tidak realistik jika dibandingkan dengan realiti sebenar dunia pekerjaan. Adakah perkara tersebut benar atau hanya sekadar kata-kata kosong untuk memastikan permintaan graduan-graduan baru kekal rendah? Bagaimanapun, memang tidak dinafikan ada pelbagai aspek yang perlu diperhalusi sebagai graduan yang baharu sahaja menamatkan zaman belajar dan kini mula menceburi alam pekerjaan. Berikut merupakan nasihat-nasihat berguna yang selalu dipandang remeh oleh graduan baru. Begitu juga dengan pekerja yang sudah mempunyai pengalaman bertahun-tahun. Nasihat-nasihat ini diharapkan dapat membantu anda dalam mencari pekerjaan dan membantu meringankan proses menyesuaikan hidup di tempat kerja yang baru. 1. Tak Ada Siapa Peduli Apa Kelulusan Anda! Walaupun anda datang bekerja dengan segulung ijazah yang anda susah payah dapatkan, ini tidak bererti anda hebat dan serba...