Setiap orang mempunyai perbezaan mereka yang tersendiri, ada yang ramah, ada yang banyak mulut, mudah bergaul, juga ada yang malu, dan hanya bercakap sepatah sahaja apabila ditanya. Disebabkan perbezaan ini jugalah, membuatkan ramai di antara kita yang seringmeminta mereka yang ramah, dan banyak cakap untuk ke depan bila mana ada ucapan yang perlu diberi.
Buat mereka yang pemalu, senyap, dan cepat gemuruh sudah pasti hanya diamkan diri di satu sudut, risau namanya dipanggil untuk berucap di hadapan, lagi-lagi dengan orang yang tidak dikenali.
Sebenarnya ramai yang mempunyai masalah sebegitu, yang mana rasa sangat gemuruh bila perlu berhadapan dengan ramai orang, bukan tiada apa nak dicakapkan, cuma terlalu gemuruh untuk berdiri di hadapan audien yang ramai. Tapi, kalau ada cara yang boleh hilangkan rasa gemuruh ini, ia sudah pasti akan beri banyak kelegaan.
Perkara-perkara yang dapat membantu kurangkan gementar
1. Amalkan senaman kardio seperti jogging, berenang dan berbasikal. Ini penting untuk kesihatan jantung.
1. Amalkan senaman kardio seperti jogging, berenang dan berbasikal. Ini penting untuk kesihatan jantung.
2. Buat persediaan awal. Fahami dan alami topik ucapan atau pembentangan. Usah tangguh ke saat-saat akhir.
3. Pastikan cukup rehat dan tidur. Tubuh dan minda yang cukup rehat mampu mengendali stress dengan lebih baik.
4. Alas perut dengan juadah ringan. Elakkan makanan pedas. Seusai itu, kosongkan pundi kencing dan usus.
5. Elakkan minuman berkaffein sebelum berucap. Kaffein menyebabkan takikardia— jantung berdegup pantas.
6. Datang awal, agar tidak tergesa-gesa. Kelewatan adalah stress tambahan yang perlu dielakkan.
7. Kenali audien. Beramah-mesra dengan beberapa individu daripada audien sebelum giliran anda berucap.
8. Fokuskan minda kepada manfaat yang bakal audien perolehi daripada pembentangan anda. Yakinkan diri.
9. Jika gugup kerana diperhatikan oleh ramai audien, kekalkan kontak mata pada individu telah dikenali tadi.
10. Andai masih gugup juga, letakkan tangan di belakang. Supaya tak kantoi kau sedang terketar-ketar. Hahaha.
Moga-moga dengan adanya tips ini anda dapat mengawal rasa gugup, dan gementar yang dihadapi, serta menjadis eorang yang petah berbicara di hadapan audien yang ramai. Mari kita ubah diri, menjadi insan yang lebih berkeyakinan.
Comments
Post a Comment