Siapa yang tidak mahu menjejakkan kaki ke tanah suci? Mengerjakan umrah ataupun haji adalah merupakan impian setiap umat Islam yang mahu menjadi tetamu Allah. Namun, bukan semua orang yang berkemampuan untuk ke tanah suci disebabkan ia memerlukan belanja yang tinggi untuk ke sana.
Bagi mereka yang berkemampuan, mungkin tiada sebarang masalah kewangan untuk mengerjakan haji mahupun umrah. Namun, bagi yang masih tidak berkemampuan untuk menunaikan haji, dapat mengerjakan umrah sahaja sudah cukup membuatkan mereka tersenyum bahagia.
Ada yang beruntung kerana diberikan rezeki dan peluang pergi ke tanah suci di usia yang muda. Namun,ada juga yang hanya berpeluang menjejakkan kaki ke sana ketika usia sudah lanjut.
Berapa Kos Nak Pergi Haji?
Setakat hari ini, kos nak pergi haji adalah RM9,980. Tapi sebelum itu, anda perlu buka akaun dengan Tabung Haji dengan menyimpan RM1,300.
Oleh itu, sambil-sambil nak tunggu lagi berbelas atau berpuluh tahun untuk tunggu giliran kita, sempat rasanya nak simpan lagi RM8,680.
Berapa Pula Kos Nak Mengerjakan Umrah?
Rata-rata pakej umrah kebanyakannya bermula daripada RM5,000 dan boleh menjangkau sehingga puluhan ribu ringgit. Semuanya bergantung kepada keselesaan, rasa nak tidur sebilik seorang harganya lebih mahal. Dan kalau nak hotel dekat dengan Masjidil Haram, bersedia untuk bayar lebih mahal juga.
Kalau anda jumpa pakej yang murah di bawah RM5,000, sila elakkan kerana takut-takut anda tertipu pula.
Tunggu, Semak Dulu Senarai Pengendali Umrah Dan Ziarah Yang Berdaftar
Dah biasa sangat kita dengar kes penipuan melibatkan umrah dan ziarah kan? Jadi eloklah sekiranya anda semak dulu samada syarikat yang anda ingin ikut pakej umrah tersebut mempunyai lesen atau tidak.
Jangan dah habis ribuan ringgit, baru tahu syarikat tersebut tidak berdaftar, sekaligus hilang duit dan peluang anda untuk menunaikan umrah ranap sama sekali.
Anda boleh semak di sini:
Anda boleh semak di sini:
- Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
- Rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
- Senarai Lesen Pengendalian Pelancongan dan Agensi Pengembaraan (TOBTAB) – Portal
- Senarai Agensi Pengelola Umrah Yang Berdaftar Dengan Kerajaan Arab Saudi – Portal Rasmi
- Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) – di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Sekarang kita berbalik pula bagaimana caranya untuk anda pergi ke tanah suci di usia muda. Berikut ada beberapa tips yang boleh diamalkan.
1. Punya Matlamat Yang Jelas Dan Sediakan Tabung Khusus
Apa yang menjadi tunjang utama di sini adalah matlamat untuk pergi ke tanah suci di usia muda.
Jika anda hanya berangan-angan tanpa mempunyai matlamat yang jelas, jangan tanya kenapa anda susah hendak mencapai impian anda.
Apabila anda sudah mempunyai matlamat yang jelas, maka perlulah disertai dengan usaha yang berterusan. Bagaimana usaha yang dimaksudkan itu?
Anda mestilah mula membuat tabung khusus untuk pergi ke Mekah. Lagi awal anda ada kesedaran ini, lagi awal anda sediakan tabung tersebut, maka lagi cepat anda dapat menyediakan wang yang secukupnya.
Ia bukannya sesuatu yang mustahil, ternyata ramai yang telah berjaya pergi menunaikan umrah di waktu muda dengan menggunakan wang simpanan sendiri. Best kan?
Jika anda merupakan ibu bapa yang inginkan anak-anak anda menunaikan umrah atau haji di usia yang muda, anda mestilah sediakan tabung ini seawal yang mungkin. Boleh mula dengan simpanan daripada duit raya yang mereka perolehi setiap tahun, duit pemberian harijadi mereka, duit hasil mereka tolong anda di rumah dan sebagainya.
Sentiasa ingatkan kepada mereka bahawa duit dalam tabung tersebut tidak boleh digunakan untuk perkara yang sia-sia.

2. Menambah Pendapatan
Seterusnya, anda boleh juga berusaha untuk menambah pendapatan dengan melakukan kerja sambilan. Duit hasil daripada kerja part-time tadi, terus masuk ke dalam tabung khusus seperti di point #1 di atas.
3. Daftar Haji Cepat-Cepat
Seeloknya, anda sediakan wang sebanyak RM1,300 dan pergi buka akaun dengan Tabung Haji bagi mendapatkan tempat anda. Memanglah kita rasa seolah-oleh nak tunggu giliran kita sangat lama, ada yang kena tunggu sampai umur 70 tahun; tapi mana tahu rezeki kita dipanggil lebih awal. Semuanya ketentuan Allah, yang penting kita dah berusaha untuk masuk dalam ‘queue’, seterusnya kita hanya mampu tawakkal.
Menunaikan Haji Rukun Islam Kelima
Beruntungnya kalau kita dapat mengerjakan haji, lagi beruntung sekiranya dapat mengerjakan haji pada usia yang muda. Di saat kita masih kuat, sihat, berbadan sado dan tiada penyakit. Tapi semuanya itu urusan Allah, kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berusaha.
Bagi mereka yang masih belum berpeluang untuk membuat haji, boleh pergi buat umrah terlebih dahulu. Ambil dulu feel bagaimana menjadi tetamu Allah. Semoga ianya menjadi perangsang untuk kita lebih berusaha dan menjadi orang yang lebih baik menjelang dapatnya kita mengerjakan haji pada masa hadapan.

Comments
Post a Comment