Skip to main content

MATLAMAT KEWANGAN YANG ANDA PERLU ADA PADA TAHUN BARU




Tahun 2019 nampaknya sudah hampir untuk meninggalkan kita. Tahun baru 2020 kini menghampiri untuk mengambil alih. Anda pula macam mana? Sudah bersedia untuk menuju tahun yang baru?

Macam biasa, sebagai netizen modern yang sentiasa mahu nampak up-to-date mestilah nak ada azam sendiri. Punya semangat buat azam, sampai azam tahun lepas yang tak dicapai pun bawa ke tahun yang berikutnya.

Begitu juga dengan hal kewangan. Anda harus punyai azam dan matlamat yang jelas. Antaranya matlamat yang anda patut ada ialah :


#1 Mempunyai Matlamat Kewangan

Apakah matlamat dan impian anda pada tahun hadapan? Contohnya seperti ingin membeli rumah, kereta, berkahwin dan sebagainya. Berapakah jumlah wang anda perlukan untuk mencapai matlamat tersebut? Dengan adanya matlamat, tindakan anda akan lebih jelas dan mudah.

#2 Sentiasa Semak Aliran Tunai

Belajar buat bajet bulanan. Catat segala perbelanjaan yang dibuat. Anda suka buat hutang baru sebab rasa gaji anda banyak. Tapi bila sudah buat bajet, anda akan nampak gaji anda tinggal berapa sen sahaja. Jadi, anda tak mungkin asyik keluar tengok wayang, beli mod vape harga mahal ataupun tukar sport rim baru.

#3 Hentikan Pembelian Yang Tidak Perlu

Bezakan antara kehendak dengan keperluan. Belanja mengikut kemampuan ekonomi anda. Bukanya asyik nak lawan jiran sahaja. Jiran tukar sofa baru, anda pun menggelupur nak tukar sofa baru juga. Kawan tukar Iphone 11 anda pun sibuk nak tukar Iphone 11. Ukur baju di badan sendiri.

#4 Simpan 10% Daripada Pendapatan
Jika ada bonus, simpan. Jika ada kenaikan gaji, simpan. Simpanlah di tempat yang memberikan pulangan dividen seperti Tabung Haji dan ASB. Buat potongan gaji 10% siap-siap. Lagi banyak lagi bagus. Lagi satu, simpanlah di tempat yang susah nak dikeluarkan. Bila sudah simpan buat-buat lupa.

#5 Menguruskan Hutang

Senaraikan jumlah hutang mengikut kadar profit yang paling tinggi berserta ansuran bulanan. Jika ada pembiayaan dengan bank, janganlah bayar ikut suka sahaja. Rosak CCRIS anda nanti. Bayar ikut jumlah dan masa yang ditetapkan.

#6 – Mulakan Melabur

Mulakan melabur di instrumen pelaburan yang diyakini. Cari pelan pelaburan yang kena dengan kemampuan dan kewangan anda. Anda kena banyak cari ilmu mengenai ini. Jangan tersilap langkah.

#7 – Tingkatkan Ilmu

Ilmu tentang pengurusan kewangan amatlah luas. Makin banyak anda belajar makin anda sedar betapa kerdilnya ilmu anda. Banyakkan membaca. Orang kongsi ilmu panjang-panjang anda komen “status panjang panjang siapa nak baca.” Bila makin berumur barulah nak menyesal.

Kesimpulan

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Banyak cara anda boleh dapatkan ilmu. Nak tak nak sahaja. Kalau 2019 ini anda kurang timba ilmu pengurusan kewangan, 2020 nanti cubalah berubah.

Jika 2019 ni pengurusan kewangan anda kurang mantap, mantapkan lagi pengurusan kewangan anda ketika 2020 yang akan datang. Lebih baik lambat berubah daripada langsung tidak berubah.

Comments

Popular posts from this blog

" BANG, ADA KERJA KOSONG X ? "

Perkara pertama bila dah habis belajar, tak kisah la lepas SPM ke, STPM ke, sijil ke, diploma ke atau degree ke, adalah untuk mendapatkan pekerjaan dan kalau boleh yang sesuai dengan jiwa raga serta memberi gaji yang berpadanan. Tapikan bukan senang nak dapat kerja sekarang, melihat pada faktor ekonomi sekarang yang tak menentu. Sekejap elok, sekejap tak. Kalau apply terus dapat, memang rezeki. Sambil-sambil tengah mencari tu, rajinkan diri tanya orang lain bagaimana nak naikkan percentage untuk dapatkan interview. Banyakkan bertanya untuk mendapatkan tips. Memang orang yang sudi nak share memang tak lokek ilmu. So kali ni, dikesempatan ini, kami nak kongsi dengan sesiapa yang sudi nak baca macam mana kita nak tingkatkan peluang untuk dapatkan pekerjaan yang diimpikan atau tak pun untuk keluar dari alam pengangguran Pertama sekali perlu diingat resume , resume dan resume . Berdasarkan apa yang orang berpengalaman bagitau, resume yang kita hantar tu mesti kena simple dan...

TIPS SESUAIKAN DIRI DALAM ALAM PEKERJAAN SELEPAS TAMAT BELAJAR

Sebelum ini pernah kecoh apabila wakil sebuah firma pekerjaan berkata, graduan di Malaysia mempunyai kemahuan yang tidak realistik jika dibandingkan dengan realiti sebenar dunia pekerjaan. Adakah perkara tersebut benar atau hanya sekadar kata-kata kosong untuk memastikan permintaan graduan-graduan baru kekal rendah? Bagaimanapun, memang tidak dinafikan ada pelbagai aspek yang perlu diperhalusi sebagai graduan yang baharu sahaja menamatkan zaman belajar dan kini mula menceburi alam pekerjaan. Berikut merupakan nasihat-nasihat berguna yang selalu dipandang remeh oleh graduan baru. Begitu juga dengan pekerja yang sudah mempunyai pengalaman bertahun-tahun. Nasihat-nasihat ini diharapkan dapat membantu anda dalam mencari pekerjaan dan membantu meringankan proses menyesuaikan hidup di tempat kerja yang baru. 1. Tak Ada Siapa Peduli Apa Kelulusan Anda! Walaupun anda datang bekerja dengan segulung ijazah yang anda susah payah dapatkan, ini tidak bererti anda hebat dan serba...
Tips Untuk Mengurangkan Bil Elektrik Anda Ketahui bagaimana untuk menggunakan elektrik dengan lebih efisien boleh membantu anda berjimat beberapa ratus ringgit setahun dan membantu melindungi alam sekitar juga. Beberapa kaedah dan cara yang boleh mengurangkan penggunaan elektrik ini perlukan sedikit pengorbannan dari pihak anda, dan mungkin uga perlu melibatkan sedikit masa dan kewangan, tetapi berbaloi dalam masa hadapan. Berikut adalah cara-cara untuk mengurangkan bil elektrik anda, tidak kiralah untuk rumah, sekolah ataupun pejabat anda. Kaedah #1 : Berjimat Elektrik Pada Masa Yang Sama Menyejukkan Rumah Percayalah, kita banyak menggunakan tenaga elektrik untuk menyejuk atau menyamankan rumah dan bilik kita. Tiada salah dengan perkara tersebut, cuma kena tepat dengan caranya: 1. Cat Rumah Anda Tahap kepanasan dalam rumah boleh ditentukan dengan warna cat. Warna yang lebih gelap akan mudah menyerap haba berbanding dengan warna yang terang. Oleh itu, jika and...