Skip to main content

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT TUNTUTAN PERKESO


Adakah anda mahu majikan anda berikan perlindungan bukan sahaja buat anda, tetapi keluarga anda sekali? Adakah anda mahu bersedia dari segi kewangan sekiranya anda cedera atau terkorban di tempat kerja? Percaya atau tidak, pemahaman tentang PERKESO dan cara-cara membuat tuntutan akan memberi manfaat kepada anda dalam jangka masa panjang. Ini maklumat yang anda perlu tahu untuk menikmati faedah PERKESO ini.

Pengenalan kepada PERKESO
PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) juga dikenali sebagai SOCSO (Social Security Organization), dan merupakan sebuah badan kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 1972 di bawah Kementerian Sumber Manusia. Di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, semua syarikat swasta di Malaysia adalah diwajibkan untuk berdaftar dengan PERKESO dalam masa 30 hari dari hari pekerja pertama mula bekerja.

Selain itu, kedua-dua pihak adalah bertanggungjawab untuk membuat bayaran caruman PERKESO, dengan pekerja mencarum bahagian yang lebih sedikit bergantung kepada gaji mereka (dengan kadar 0.5% - 3% dan caruman adalah tidak diwajibkan buat pekerja dengan gaji lebih RM3,000 sebulan). 


Majikan yang tidak mendaftarkan syarikat dan pekerja mereka di bawah PERKESO, atau tidak membayar caruman, adalah dikira sebagai melanggar undang-undang – mereka boleh disaman dan mungkin juga dipenjarakan.

Apa gunanya PERKESO?

Tujuan PERKESO adalah untuk menyediakan perlindungan keselamatan dalam bentuk wang tunai dan manfaat kepada pekerja di sektor swasta sekiranya berlaku sebarang kecederaan, kecemasan, penyakit, mahupun, kematian di tempat kerja.

Seperti yang dilaporkan oleh Bernama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bahawa Kerajaan telah memperuntukkan RM70 juta untuk membiayai pembayaran faedah kewangan di bawah Skim Insurans Pekerja pada tahun 2018.

Siapa yang layak?

Jika anda seorang pekerja di bawah umur 60 tahun dan bekerja di sektor swasta dengan gaji bulanan, anda adalah salah seorang daripada 6.5 juta pekerja Malaysia yang didaftarkan di bawah skim PERKESO. Namun jika anda tergolong di dalam mana-mana kategori di bawah, anda adalah dikecualikan:
  • Pekerja asing
  • Bekerja sendiri
  • Pembantu rumah
  • Pemilik perniagaan ataupun rakan kongsi
  • Skim dan manfaat perlindungan yang disediakan
  • Pekerja tetap di kerajaan negeri ataupun persekutuan
  • Pasangan kepada pemilik perniagaan ataupun rakan kongsi
Secara amnya, PERKESO mempunyai dua skim perlindungan buat ahli yang berdaftar, iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.

Skim Bencana Pekerjaan
Menurut laman web PERKESO, Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya.

Skim Pencen Ilat

Skim Keilatan memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan. Keilatan berlaku apabila pekerja mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh. Sebagai contoh, orang yang menghidap kanser teruk, penyakit maut, dan strok, yang menghalangnya daripada aktiviti harian dan pencarian nafkah.
Bagaimana anda boleh membuat tuntutan PERKESO?

Dalam sebarang kecederaan atau kematian yang berkaitan dengan tempat kerja, pekerja atau keluarga mereka sendiri haruslah membuat tuntutan secepat yang boleh. Biasanya jabatan sumber manusia bagi syarikat mereka akan memberi panduan untuk proses yang berkaitan. Oleh itu, pastikan anda hubungi syarikat anda terlebih dahulu untuk maklumat yang lebih terperinci.

Namun begitu, pemahaman yang lebih mendalam tentang proses tuntutan akan membantu anda serta mengurangkan risiko tuntutan ditolak. Di bawah merupakan langkah-langkah yang anda perlu tahu untuk meningkatkan kadar kejayaan tuntutan PERKESO anda:

1) Buat yang kali pertama menuntut faedah perubatan, dokumen yang wajib dihantar adalah:
  • Surat cuti sakit
  • Rekod kehadiran kerja
  • Salinan kad pengenalan
  • Borang tuntutan (Borang 10)
  • Surat pengenalan daripada majikan
  • Laporan kemalangan Borang 21 atau laporan penyakit khidmat Borang PKS 68 atau PKS 69
  • Laporan polis dan peta lakar yang menunjukkan arah perjalanan yang dilalui pekerja (bagi kemalangan yang berlaku sewaktu pergi atau pulang dari tempat kerja)
Rawatan adalah percuma di klinik panel PERKESO atau hospital dan klinik kerajaan, sebaik sahaja permohonan selesai.

2) Dokumen tambahan diperlukan untuk mendapatkan bayar-balik bagi rawatan di klinik panel bukan PERKESO. Dokumen hendaklah diisi dan dihantar ke pejabat PERKESO berdekatan, dan kadar bayar-balik akan ditentukan oleh PERKESO. Dokumen tambahan tersebut adalah:
  • Resit rawatan (asal)
  • Kad temu janji (salinan)
  • Laporan perubatan, jika ada (salinan)
  • Tuntutan Bayaran Ganti Belanja (perjalanan) – Borang PKS (PR) 24
  • Laporan Tuntutan Bayaran Ganti Belanja (am) – Borang PKS (P) 26

3) Sebaik sahaja doktor mengesahkan yang pekerja tidak boleh bekerja sekurang-sekurangnya selama 4 hari (termasuk hari di mana insiden berlaku), pekerja tersebut layak untuk mendapatkan faedah hilang upaya sementara. Ini bermaksud yang pekerja akan menerima bayaran wang sepanjang tempoh di mana dia tidak mampu bekerja.

4) Bila pekerja mengalami kehilangan upaya kekal disebabkan kemalangan di tempat kerja, mereka boleh membuat tuntutan faedah hilang upaya kekal tidak kira sama ada mereka mampu bekerja atau tidak. Mereka haruslah membuat permohonan bertulis kepada pejabat PERKESO dengan rujukan daripada Jemaah Doktor. Dokumen yang wajib disertakan untuk tuntutan ini termasuklah:

  • Borang permohonan
  • Kad pengenalan (salinan)
  • Borang tuntutan (Borang 10)
  • Butiran akaun bank pekerja buat tujuan deposit
  • Laporan perubatan dari hospital atau klinik yang merawat pekerja
  • Borang PKS (F) 1 dengan maklumat caruman PERKESO dan penyata gaji
Kadar faedah adalah 90% daripada gaji pekerja, daripada jumlah minimum RM10 ke RM88.50 sehari.

Pekerja boleh memilih untuk bekerja sambil menerima faedah hilang upaya kekal. Cara faedah dibayar bergantung kepada keputusan yang dibuat oleh Jemaah Doktor. Jika pekerja tidak setuju, mereka boleh membuat rayuan kepada Jemaah Doktor Rayuan dalam masa 90 hari, bermula daripada tarikh pemberitahuan.

5) Akhir sekali, pekerja layak untuk menerima elaun layanan sentiasa jika mereka hilang 100% kemampuan untuk bekerja akibat kemalangan di tempat kerja. Dalam kata lain, mereka yang hilang upaya secara kekal dan disahkan oleh Jemaah Doktor di Malaysia.

Pekerja akan menerima elaun (40% daripada gaji penuh, dengan had RM500 sebulan).

Kenapa pentingnya anda memahami PERKESO?


Risiko boleh berlaku bila-bila sahaja. PERKESO membantu pekerja dan keluarga mereka yang telah hilang sumber pendapatan disebabkan kecederaan atau kematian. Jika anda betul-betul serius mahu melindungi masa depan orang yang tersayang daripada risiko yang boleh berlaku, anda perlu faham bagaimana faedah ini berfungsi dan apa manfaatnya kepada anda.

Selain itu, dengan bertambahnya orang yang sedar tentang maklumat ini, mereka boleh mendidik orang lain terutamanya para graduan dan pekerja buruh yang kurang tahu akan peranan PERKESO – anda mungkin terkejut akan betapa sikitnya kesedaran yang ada.

Fakta dan maklumat terkini

Kini tiada sebarang had masa untuk memohon dan membuat tuntutan faedah PERKESO selagi pekerja memenuhi keperluan yang ditetapkan.
Kini terdapat elaun tunai sebanyak RM600 buat tiga bulan buat yang hilang kerja di bawah Skim Insurans Pekerja (SIP).
Rumusan

Dengan meningkatnya kos perubatan di Malaysia, anda perlulah memanfaatkan kelebihan yang ditawarkan oleh PERKESO sepenuhnya walaupun ia melibatkan sedikit masa dan kertas kerja. Untuk maklumat yang terkini, anda boleh melawat laman web rasmi PERKESO.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

5 LANGKAH MEMILIH KOMPUTER YANG SESUAI SEBELUM MEMBELI

Walaupun tidak dinafikan bahawa komputer persendirian (ataupun PC) sudah kurang digunakan pada masa sekarang, namun ia masih mendapat permintaan dari beberapa pihak. Dalam artikel ini kami akan bantu anda untuk memberikan sedikit pandangan kepada anda sebelum membeli PC. 1. Apakah Keperluan Anda untuk Memiliki Komputer? Pertama sekali, anda perlu tanya diri sendiri terlebih dahulu, anda akan menggunakan komputer tersebut untuk tujuan apa. Sebagai contoh, sekadar menggunakan untuk melayari internet, ataupun menaip fail, ataupun bermain permainan dan edit video/gambar. Adakah anda merancang menggunakannya untuk membuat laman sesawang? Adakah untuk bermain permainan komputer dan bercadang untuk upgrade pada masa hadapan? – Sila pertimbangkan semua aspek itu. 2. Pilih Komputer Yang Mudah Dinaik Taraf (Upgrade) Kadangkala komputer yang kita guna sudah tidak secepat masa kita beli pada mula-mulanya. Oleh itu, upgrade menjadi satu pilihan yang baik daripada membeli komputer yang ...

4 KESAN " MULTITASKING" DALAM JANGKA MASA PANJANG! KENAPA?

Multitasking memang akan membuat Anda boleh bergerak lebih cepat dan menyelesaikan semua pekerjaan dalam satu waktu, ini memang bagus untuk menjimat tenaga dan waktu. Namun ternyata kebiasaan ini tidak baik dilakukan dalam jangka masa panjang, kenapa? Daya fokus anda akan terbahagi. Hal ini dikatakan psikologis, dimana kebiasaan melakukan suatu pekerjaan bersamaan tidak akan memberikan kesan yang bagus, ini akan membuat fikiran mudah terpecah dan akhirnya tidak menyelesaikan semua pekerjaan dengan baik. Saat masih muda, ini semua memang bagus. Namun menjelang usia 40 tahun, sudah jelas akan terjadi penurunan cara kerja. Sebenarnya apa kesan negatif dari kebiasaan multitasking, hal yang hampir dilakukan semua orang muda. Kerana menganggap tidak mempunyai banyak masa, namun di dengan semua pekerjaan segudang. Ada banyak hal yang bisa Anda dapatkan, salah satunya tidak cepat tua. Lebih baik mencegah dampak negatif mulai sekarang bukan. 4 Kesan Negatif Jika Menerapkan Multita...

TIPS SESUAIKAN DIRI DALAM ALAM PEKERJAAN SELEPAS TAMAT BELAJAR

Sebelum ini pernah kecoh apabila wakil sebuah firma pekerjaan berkata, graduan di Malaysia mempunyai kemahuan yang tidak realistik jika dibandingkan dengan realiti sebenar dunia pekerjaan. Adakah perkara tersebut benar atau hanya sekadar kata-kata kosong untuk memastikan permintaan graduan-graduan baru kekal rendah? Bagaimanapun, memang tidak dinafikan ada pelbagai aspek yang perlu diperhalusi sebagai graduan yang baharu sahaja menamatkan zaman belajar dan kini mula menceburi alam pekerjaan. Berikut merupakan nasihat-nasihat berguna yang selalu dipandang remeh oleh graduan baru. Begitu juga dengan pekerja yang sudah mempunyai pengalaman bertahun-tahun. Nasihat-nasihat ini diharapkan dapat membantu anda dalam mencari pekerjaan dan membantu meringankan proses menyesuaikan hidup di tempat kerja yang baru. 1. Tak Ada Siapa Peduli Apa Kelulusan Anda! Walaupun anda datang bekerja dengan segulung ijazah yang anda susah payah dapatkan, ini tidak bererti anda hebat dan serba...