Skip to main content

Rakyat Malaysia Yang Ketiga Paling Kurang Bercuti Di Dunia


Rakyat Malaysia merupakan penduduk ketiga yang paling kurang bercuti di dunia dan menduduki tempat kedua di Asia Pasifik, kata Expedia.com.my.
Portal pelancongan dalam talian itu berkata, berdasarkan kaji selidik tahunan ke-17 mengenai kekurangan percutian, hampir dua pertiga rakyat Malaysia yang ditinjau mendedahkan bahawa mereka sangat atau agak kurang bercuti.
Pengurus Besar Expedia Asia Tenggara dan India, Simon Fiquet, berkata alasan utama kekurangan itu ialah masalah bajet atau kemampuan, keinginan untuk mengumpul hari cuti untuk cuti lebih lama dan ketidakupayaan mengelak daripada kerja.
Menurutnya, kaji selidik itu yang melibatkan 15,000 dewasa yang bekerja sepenuh masa di 30 pasaran mendedahkan yang kekurangan percutian semakin meningkat di seluruh dunia, dengan 53 peratus responden merasakan kurang bercuti pada 2017 berbanding 49 peratus pada 2016.
"Berbanding Amerika dan Eropah, Asia-Pasifik mengetuai kumpulan itu sebagai rantau paling kurang bercuti, dengan Korea Selatan menerajui senarai, diikuti Perancis dan Malaysia.
"Malaysia berada dalam senarai lima teratas negara paling kurang bercuti sejak 2015," katanya pada taklimat media mengenai penemuan tinjauan berkenaan di sini, Khamis.
Fiquet berkata, tinjauan itu juga menunjukkan seorang daripada tiga rakyat Malaysia akan memeriksa e-mel atau mel suara yang berkaitan dengan pekerjaan mereka sekurang-kurangnya sekali sehari semasa bercuti dan ini bermakna mereka tidak dapat menikmati percutian mereka sepenuhnya.
Menurutnya, rakyat Malaysia menghargai cuti mereka dan menyatakan bahawa masa bercuti yang berkualiti adalah penting untuk produktiviti dan prestasi yang lebih baik, dan merupakan bahagian penting dalam keseimbangan kerja-kehidupan.
Kaji selidik tersebut mendedahkan 77 peratus rakyat Malaysia bersetuju bahawa mereka menjadi lebih santai selepas pulang daripada bercuti, dan peratusan yang tinggi mengatakan mereka akan menjadi lebih produktif dan fokus serta dapat berfikir lebih holistik selepas bercuti.

Kesibukan di tempat kerja menjadi salah satu punca rakyat Malaysia sukar pergi bercuti. - Gambar hiasan
Di semua sektor, Fiquet berkata, kaji selidik tersebut mendapati bahawa mereka yang terlibat dalam pemasaran dan industri berkaitan media adalah yang paling kurang bercuti di dunia, diikuti sektor makanan dan minuman serta pertanian.
Sementara itu, Pakar Psikologi Organisasi dan Jurulatih Peribadi Bertauliah O Psych Sdn Bhd, Hetal Doshi -Suhana Daswani berkata, tekanan tempat kerja dan peribadi semakin menjejaskan kesejahteraan pekerja pada skala global dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengklasifikasikannya sebagai wabak kesihatan pada ke-21 abad.
"Oleh itu, mengambil masa untuk berehat atau bercuti untuk memulihkan mental, fizikal dan emosi daripada tuntutan kehidupan telah terbukti secara saintifik dapat mengurangkan tekanan, meningkatkan kesihatan, produktiviti, kreativiti dan hubungan.

Comments

Popular posts from this blog

" BANG, ADA KERJA KOSONG X ? "

Perkara pertama bila dah habis belajar, tak kisah la lepas SPM ke, STPM ke, sijil ke, diploma ke atau degree ke, adalah untuk mendapatkan pekerjaan dan kalau boleh yang sesuai dengan jiwa raga serta memberi gaji yang berpadanan. Tapikan bukan senang nak dapat kerja sekarang, melihat pada faktor ekonomi sekarang yang tak menentu. Sekejap elok, sekejap tak. Kalau apply terus dapat, memang rezeki. Sambil-sambil tengah mencari tu, rajinkan diri tanya orang lain bagaimana nak naikkan percentage untuk dapatkan interview. Banyakkan bertanya untuk mendapatkan tips. Memang orang yang sudi nak share memang tak lokek ilmu. So kali ni, dikesempatan ini, kami nak kongsi dengan sesiapa yang sudi nak baca macam mana kita nak tingkatkan peluang untuk dapatkan pekerjaan yang diimpikan atau tak pun untuk keluar dari alam pengangguran Pertama sekali perlu diingat resume , resume dan resume . Berdasarkan apa yang orang berpengalaman bagitau, resume yang kita hantar tu mesti kena simple dan...

TIPS SESUAIKAN DIRI DALAM ALAM PEKERJAAN SELEPAS TAMAT BELAJAR

Sebelum ini pernah kecoh apabila wakil sebuah firma pekerjaan berkata, graduan di Malaysia mempunyai kemahuan yang tidak realistik jika dibandingkan dengan realiti sebenar dunia pekerjaan. Adakah perkara tersebut benar atau hanya sekadar kata-kata kosong untuk memastikan permintaan graduan-graduan baru kekal rendah? Bagaimanapun, memang tidak dinafikan ada pelbagai aspek yang perlu diperhalusi sebagai graduan yang baharu sahaja menamatkan zaman belajar dan kini mula menceburi alam pekerjaan. Berikut merupakan nasihat-nasihat berguna yang selalu dipandang remeh oleh graduan baru. Begitu juga dengan pekerja yang sudah mempunyai pengalaman bertahun-tahun. Nasihat-nasihat ini diharapkan dapat membantu anda dalam mencari pekerjaan dan membantu meringankan proses menyesuaikan hidup di tempat kerja yang baru. 1. Tak Ada Siapa Peduli Apa Kelulusan Anda! Walaupun anda datang bekerja dengan segulung ijazah yang anda susah payah dapatkan, ini tidak bererti anda hebat dan serba...
Tips Untuk Mengurangkan Bil Elektrik Anda Ketahui bagaimana untuk menggunakan elektrik dengan lebih efisien boleh membantu anda berjimat beberapa ratus ringgit setahun dan membantu melindungi alam sekitar juga. Beberapa kaedah dan cara yang boleh mengurangkan penggunaan elektrik ini perlukan sedikit pengorbannan dari pihak anda, dan mungkin uga perlu melibatkan sedikit masa dan kewangan, tetapi berbaloi dalam masa hadapan. Berikut adalah cara-cara untuk mengurangkan bil elektrik anda, tidak kiralah untuk rumah, sekolah ataupun pejabat anda. Kaedah #1 : Berjimat Elektrik Pada Masa Yang Sama Menyejukkan Rumah Percayalah, kita banyak menggunakan tenaga elektrik untuk menyejuk atau menyamankan rumah dan bilik kita. Tiada salah dengan perkara tersebut, cuma kena tepat dengan caranya: 1. Cat Rumah Anda Tahap kepanasan dalam rumah boleh ditentukan dengan warna cat. Warna yang lebih gelap akan mudah menyerap haba berbanding dengan warna yang terang. Oleh itu, jika and...