Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2019

4 KESAN " MULTITASKING" DALAM JANGKA MASA PANJANG! KENAPA?

Multitasking memang akan membuat Anda boleh bergerak lebih cepat dan menyelesaikan semua pekerjaan dalam satu waktu, ini memang bagus untuk menjimat tenaga dan waktu. Namun ternyata kebiasaan ini tidak baik dilakukan dalam jangka masa panjang, kenapa? Daya fokus anda akan terbahagi. Hal ini dikatakan psikologis, dimana kebiasaan melakukan suatu pekerjaan bersamaan tidak akan memberikan kesan yang bagus, ini akan membuat fikiran mudah terpecah dan akhirnya tidak menyelesaikan semua pekerjaan dengan baik. Saat masih muda, ini semua memang bagus. Namun menjelang usia 40 tahun, sudah jelas akan terjadi penurunan cara kerja. Sebenarnya apa kesan negatif dari kebiasaan multitasking, hal yang hampir dilakukan semua orang muda. Kerana menganggap tidak mempunyai banyak masa, namun di dengan semua pekerjaan segudang. Ada banyak hal yang bisa Anda dapatkan, salah satunya tidak cepat tua. Lebih baik mencegah dampak negatif mulai sekarang bukan. 4 Kesan Negatif Jika Menerapkan Multita...

Rakyat Malaysia Yang Ketiga Paling Kurang Bercuti Di Dunia

Rakyat Malaysia merupakan penduduk ketiga yang paling kurang bercuti di dunia dan menduduki tempat kedua di Asia Pasifik, kata Expedia.com.my. Portal pelancongan dalam talian itu berkata, berdasarkan kaji selidik tahunan ke-17 mengenai kekurangan percutian, hampir dua pertiga rakyat Malaysia yang ditinjau mendedahkan bahawa mereka sangat atau agak kurang bercuti. Pengurus Besar Expedia Asia Tenggara dan India, Simon Fiquet, berkata alasan utama kekurangan itu ialah masalah bajet atau kemampuan, keinginan untuk mengumpul hari cuti untuk cuti lebih lama dan ketidakupayaan mengelak daripada kerja. Menurutnya, kaji selidik itu yang melibatkan 15,000 dewasa yang bekerja sepenuh masa di 30 pasaran mendedahkan yang kekurangan percutian semakin meningkat di seluruh dunia, dengan 53 peratus responden merasakan kurang bercuti pada 2017 berbanding 49 peratus pada 2016. "Berbanding Amerika dan Eropah, Asia-Pasifik mengetuai kumpulan itu sebagai rantau paling kurang bercuti, ...

" BANG, ADA KERJA KOSONG X ? "

Perkara pertama bila dah habis belajar, tak kisah la lepas SPM ke, STPM ke, sijil ke, diploma ke atau degree ke, adalah untuk mendapatkan pekerjaan dan kalau boleh yang sesuai dengan jiwa raga serta memberi gaji yang berpadanan. Tapikan bukan senang nak dapat kerja sekarang, melihat pada faktor ekonomi sekarang yang tak menentu. Sekejap elok, sekejap tak. Kalau apply terus dapat, memang rezeki. Sambil-sambil tengah mencari tu, rajinkan diri tanya orang lain bagaimana nak naikkan percentage untuk dapatkan interview. Banyakkan bertanya untuk mendapatkan tips. Memang orang yang sudi nak share memang tak lokek ilmu. So kali ni, dikesempatan ini, kami nak kongsi dengan sesiapa yang sudi nak baca macam mana kita nak tingkatkan peluang untuk dapatkan pekerjaan yang diimpikan atau tak pun untuk keluar dari alam pengangguran Pertama sekali perlu diingat resume , resume dan resume . Berdasarkan apa yang orang berpengalaman bagitau, resume yang kita hantar tu mesti kena simple dan...

TIPS SESUAIKAN DIRI DALAM ALAM PEKERJAAN SELEPAS TAMAT BELAJAR

Sebelum ini pernah kecoh apabila wakil sebuah firma pekerjaan berkata, graduan di Malaysia mempunyai kemahuan yang tidak realistik jika dibandingkan dengan realiti sebenar dunia pekerjaan. Adakah perkara tersebut benar atau hanya sekadar kata-kata kosong untuk memastikan permintaan graduan-graduan baru kekal rendah? Bagaimanapun, memang tidak dinafikan ada pelbagai aspek yang perlu diperhalusi sebagai graduan yang baharu sahaja menamatkan zaman belajar dan kini mula menceburi alam pekerjaan. Berikut merupakan nasihat-nasihat berguna yang selalu dipandang remeh oleh graduan baru. Begitu juga dengan pekerja yang sudah mempunyai pengalaman bertahun-tahun. Nasihat-nasihat ini diharapkan dapat membantu anda dalam mencari pekerjaan dan membantu meringankan proses menyesuaikan hidup di tempat kerja yang baru. 1. Tak Ada Siapa Peduli Apa Kelulusan Anda! Walaupun anda datang bekerja dengan segulung ijazah yang anda susah payah dapatkan, ini tidak bererti anda hebat dan serba...

5 LANGKAH MEMILIH KOMPUTER YANG SESUAI SEBELUM MEMBELI

Walaupun tidak dinafikan bahawa komputer persendirian (ataupun PC) sudah kurang digunakan pada masa sekarang, namun ia masih mendapat permintaan dari beberapa pihak. Dalam artikel ini kami akan bantu anda untuk memberikan sedikit pandangan kepada anda sebelum membeli PC. 1. Apakah Keperluan Anda untuk Memiliki Komputer? Pertama sekali, anda perlu tanya diri sendiri terlebih dahulu, anda akan menggunakan komputer tersebut untuk tujuan apa. Sebagai contoh, sekadar menggunakan untuk melayari internet, ataupun menaip fail, ataupun bermain permainan dan edit video/gambar. Adakah anda merancang menggunakannya untuk membuat laman sesawang? Adakah untuk bermain permainan komputer dan bercadang untuk upgrade pada masa hadapan? – Sila pertimbangkan semua aspek itu. 2. Pilih Komputer Yang Mudah Dinaik Taraf (Upgrade) Kadangkala komputer yang kita guna sudah tidak secepat masa kita beli pada mula-mulanya. Oleh itu, upgrade menjadi satu pilihan yang baik daripada membeli komputer yang ...

RAHSIA MENGERJAKAN UMRAH DAN HAJI DI USIA MUDA

Siapa yang tidak mahu menjejakkan kaki ke tanah suci? Mengerjakan umrah ataupun haji adalah merupakan impian setiap umat Islam yang mahu menjadi tetamu Allah. Namun, bukan semua orang yang berkemampuan untuk ke tanah suci disebabkan ia memerlukan belanja yang tinggi untuk ke sana. Bagi mereka yang berkemampuan, mungkin tiada sebarang masalah kewangan untuk mengerjakan haji mahupun umrah. Namun, bagi yang masih tidak berkemampuan untuk menunaikan haji, dapat mengerjakan umrah sahaja sudah cukup membuatkan mereka tersenyum bahagia. Ada yang beruntung kerana diberikan rezeki dan peluang pergi ke tanah suci di usia yang muda. Namun,ada juga yang hanya berpeluang menjejakkan kaki ke sana ketika usia sudah lanjut. Berapa Kos Nak Pergi Haji? Setakat hari ini, kos nak pergi haji adalah RM9,980. Tapi sebelum itu, anda perlu buka akaun dengan Tabung Haji dengan menyimpan RM1,300. Oleh itu, sambil-sambil nak tunggu lagi berbelas atau berpuluh tahun untuk tunggu giliran kita, sempat rasanya na...

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT TUNTUTAN PERKESO

Adakah anda mahu majikan anda berikan perlindungan bukan sahaja buat anda, tetapi keluarga anda sekali? Adakah anda mahu bersedia dari segi kewangan sekiranya anda cedera atau terkorban di tempat kerja? Percaya atau tidak, pemahaman tentang PERKESO dan cara-cara membuat tuntutan akan memberi manfaat kepada anda dalam jangka masa panjang. Ini maklumat yang anda perlu tahu untuk menikmati faedah PERKESO ini. Pengenalan kepada PERKESO PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) juga dikenali sebagai SOCSO (Social Security Organization), dan merupakan sebuah badan kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 1972 di bawah Kementerian Sumber Manusia. Di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, semua syarikat swasta di Malaysia adalah diwajibkan untuk berdaftar dengan PERKESO dalam masa 30 hari dari hari pekerja pertama mula bekerja. Selain itu, kedua-dua pihak adalah bertanggungjawab untuk membuat bayaran caruman PERKESO, dengan pekerja mencarum bahagian yang lebih sedikit bergantung kepada gaji...

MATLAMAT KEWANGAN YANG ANDA PERLU ADA PADA TAHUN BARU

Tahun 2019 nampaknya sudah hampir untuk meninggalkan kita. Tahun baru 2020 kini menghampiri untuk mengambil alih. Anda pula macam mana? Sudah bersedia untuk menuju tahun yang baru? Macam biasa, sebagai netizen modern yang sentiasa mahu nampak up-to-date mestilah nak ada azam sendiri. Punya semangat buat azam, sampai azam tahun lepas yang tak dicapai pun bawa ke tahun yang berikutnya. Begitu juga dengan hal kewangan. Anda harus punyai azam dan matlamat yang jelas. Antaranya matlamat yang anda patut ada ialah : #1 Mempunyai Matlamat Kewangan Apakah matlamat dan impian anda pada tahun hadapan? Contohnya seperti ingin membeli rumah, kereta, berkahwin dan sebagainya. Berapakah jumlah wang anda perlukan untuk mencapai matlamat tersebut? Dengan adanya matlamat, tindakan anda akan lebih jelas dan mudah. #2 Sentiasa Semak Aliran Tunai Belajar buat bajet bulanan. Catat segala perbelanjaan yang dibuat. Anda suka buat hutang baru sebab rasa gaji anda banyak. Tapi bila sudah buat bajet, anda a...

5 PUNCA ANDA TIDAK DIPANGGIL KE TEMUDUGA KERJA

Anda lihat banyak jawatan kosong ditawarkan tetapi apabila anda membuat permohonan tidak ada satu pun daripada permohonan anda mendapat respone apatah lagi panggilan untuk dijemput menghadiri temuduga. Punca Anda Tidak Dipanggil ke Temuduga Kerja Akibat daripada ini anda mula marah dan menyalahkan pihak lain dan memberikan alasan seperti menggunakan kable,iklan jawatan kosong tipu dan sebagainya. Jom kita buat sedikit analisa kenapa permohonan anda tidak berjaya ini mungkin kerana anda melakukan kesalahan-kesalahan yang kecil dan anda tidak sedar sehingga permohonan anda ditolak. 1. Resume dan Cover Letter Tidak Sesuai Pastikan anda kemaskini resume anda berdasarkan jawatan yang anda ingin mohon, Tuliskan kemahiran yang berkaitan dengan jawatan yang anda ingin mohon dan paling penting pastikan anda menulis sebab kenapa anda mohon jawatan yang ditawarkan dan nilai tambah yang akan diberikan oleh anda jika syarikat itu mengambil anda berkerja. 2. Tidak Layak / Terlebih Layak Jangan moh...

CARA UNTUK MUDAH DAPAT KERJA SELEPAS GRADUASI

Jika anda kini berada dihujung tahun pembelajaran anda wajib baca dan kongsikan kepada semua rakan-rakan anda yang baru habis belajar atau pun untuk yang masih mencari kerja. Tips Selepas Graduate # Jangan buang masa, cepat-cepat mintak original transkrip dan surat tamat belajar daripada universiti yang anda. # Kerja part-time untuk menampung kos kehidupan anda semasa mencari kerja tetap ini penting kerana kebanyakkan kerja tetap berada di kawasan-kawasan bandar yang memerlukan kos untuk anda.  # Contohnya peniaga nasi lemak anak dara beliau berhijrah ke selangor dan menjual nasi lemak sementara menunggu kerja tetap. # Kemaskan resume & cv Kami telah tulis banyak panduan cv dan resume. Teknik Atau Cara Mohon Kerja 1. Mohon secara online. Banyak laman sesawang pencarian kerja secara online yang menawarkan menawarkan peluang pekerjaan yang anda boleh mohon secara online jadi sebagai fresh graduate anda wajib tahu cara dan kenal pasti laman-laman web ini. 2. Sertai Kar...

7 LANGKAH MENGHILANGKAN SIFAT MALAS

Setiap orang pasti pernah merasa malas apabila melakukan suatu perkara, malas boleh menyerang siapa saja, tidak kira masa, dan dimana pun. Sifat ini adalah sifat yang tidak elok diamalkan dan boleh mempengaruhi hidup anda jika dibiarkan berterusan. Jadi di dalam artikel kali ini kami akan kongsikan beberapa cara untuk menghilangkan sifat malas dalam diri anda dan supaya menjadi orang yang lebih rajin dalam apa jua yang dilakukan. 1. Kenali Masalah Utama Setiap kali anda berasa malas, ia mesti disebabkan oleh sesuatu, betul? Sifat malas ini adalah simptom, bukannya masalah itu sendiri. Jadi cuba tanya diri sendiri, kenapa anda tidak mempunyai semangat dan motivasi? Adakah anda sudah letih, penat, tidak berpuas hati, takut, sakit dan sebagainya? Kenalpasti kenapa anda berasa seperti itu dan kemudian berdepan dengannya, jangan larikan diri. 2. Selesaikan Masalah Utama Setelah anda mengenalpasti punca sikap malas itu, cuba selesaikan masalah tersebut terlebih dahulu, barulah an...

10 TIPS UNTUK KURANGKAN GEMENTAR BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI

Setiap orang mempunyai perbezaan mereka yang tersendiri, ada yang ramah, ada yang banyak mulut, mudah bergaul, juga ada yang malu, dan hanya bercakap sepatah sahaja apabila ditanya. Disebabkan perbezaan ini jugalah, membuatkan ramai di antara kita yang seringmeminta mereka yang ramah, dan banyak cakap untuk ke depan bila mana ada ucapan yang perlu diberi. Buat mereka yang pemalu, senyap, dan cepat gemuruh sudah pasti hanya diamkan diri di satu sudut, risau namanya dipanggil untuk berucap di hadapan, lagi-lagi dengan orang yang tidak dikenali. Sebenarnya ramai yang mempunyai masalah sebegitu, yang mana rasa sangat gemuruh bila perlu berhadapan dengan ramai orang, bukan tiada apa nak dicakapkan, cuma terlalu gemuruh untuk berdiri di hadapan audien yang ramai. Tapi, kalau ada cara yang boleh hilangkan rasa gemuruh ini, ia sudah pasti akan beri banyak kelegaan. Perkara-perkara yang dapat membantu kurangkan gementar 1. Amalkan senaman kardio seperti jogging, berenang dan berb...

AMALKAN ZIKIR INI SUPAYA SEGALA URUSAN DIPERMUDAHKAN

Imam Ghazali mengajarkan suatu amalan untuk dibaca setiap hari. Menurutnya orang yang mengamalkan amalan ini akan dimudahkan segala urusannya dan dilapangkan rezekinya, serta dihindarkan dari segala macam kesulitan. Amalan ini dibaca untuk setiap hari yang berbeda sebanyak 1000 kali. Hari Isnin baca “ Lahaula walaa quwwata illaa billahil ‘aliyyil ‘adhiim” , artinya  “Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatanTuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar” Hari Selasa baca “Allaahuma shalli ‘alaa sayyidina Muhammad wa ‘alaa aalihi wa shahbihi wasallim” , artinya “ Ya Allah berilah kesejahteraan atas Nabi Muhammad dan para sahabatnya dan juga keselamatan.” Hari Rabu baca “Astaghfirullahal adhiim” ,  artinya  “Saya meminta ampun kepada Tuhan yang maha besar”. Hari Khamis baca “Subhaanallahil ‘aliyyil ‘adhimi wabihamdihi” , artinya  “ Maha suci Allah SWT dari segala sifat kekurangan Tuhan yang maha tinggi dan maha besar.” Hari Sabtu baca “L...

INI CARA BETUL SIMPAN DUIT GAJI ANDA !!!

Menyimpan duit di usia muda memang sangat digalakkan untuk menjamin masa depan. Namun, masih ade segelintir masyarakat yang tidak menitik berat soal ini, lebih-lebih lagi mereka yang baru mula bekerja. Yelah, first time dapat gaji katanya, mesti nafsu membuak-buak nak beli macam-macam. Betul tak? Tak kurang juga tak tahu di mana nak simpan duit sebetulnya. Bawah bantal ke? Celah-celah baju dalam almari ke kan? Sebenarnya korang kenalah simpan di tempat selamat, tapi janganlah selamat untuk diambil. Mungkin ada yang masih belum jelas apa nak buat selepas dapat gaji. Ini caranya.. #1 Menyimpan kena ada matlamat Kita seharusnya menetapkan matlamat atau objektif yang khusus apabila kita menyimpan. Berapa banyak jumlah simpanan yang mahu kita capai? Tempoh masa yang diperlukan untuk capai jumlah dikehendaki? Paling penting apa yang perlu dilakukan selepas matlamat tercapai? Ketiga-tiga soalan di atas wajib dijawab jika kita hendak menyimpan. Dengan adanya matlamat yang jelas, kita boleh mem...

6 TIPS UNTUK MURAH REZEKI

Artikel ini bukan bertujuan untuk mengajar pembaca tentang bagaimana mendapat rezeki, tetapi sekadar perkongsian yang mungkin boleh sama-sama memberi panduan manfaat. Yang penting, kita kena yakin dengan rezeki Allah. Ini 6 tips murah rezeki yang kita boleh amalkan setiap hari. Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya: #1 Sentiasa Ingat Kepada Allah Sentiasa ingat kepada Allah. Kita tahu bahawa Allah pemberi segala rezeki langit dan bumi. Jadi, sebagai hambaNya, kita mesti selalu mengingati Allah sama ada dengan berzikir, berdoa dan melakukan amal kebaikan kerana Dia. #2 Membantu Golongan Orang Miskin Bila kita membantu lebih ramai orang miskin atau dalam kesusahan, Allah membantu...